SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini bahawa permohonan tauliah mengajar agama Islam tidak akan diberikan kepada individu berstatus ahli politik di negeri ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut telah diperkenankan Ahli Dewan Diraja Selangor dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor (Mesyuarat Diraja Selangor Bilangan 15) yang bersidang 4 Mac 2019.
Amirudin menjelaskan, Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 6 April 2021 juga memutuskan mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah mengajar dan masih berkuat kuasa, dikekalkan hingga tamat tempoh sah tauliah dengan bersyarat.
Katanya, syarat tersebut ialah individu tersebut perlu menyampaikan ceramah tanpa menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebar fitnah, selain dapat menjaga akhlak dan kemuliaan masjid serta surau sebagai pusat ilmu dan dakwah setempat.
"Tempoh tamat (tauliah mengajar) adalah setahun sehingga dua tahun dari tarikh kelulusan tauliah dikeluarkan. Jadi jika ada yang mahu memperbaharui semula tauliah tersebut, semua yang mempunyai jawatan jelas dalam politik tidak dibenarkan menyambung tauliah masing-masing," katanya.
"Seramai 31 ahli politik masih memegang tauliah mengajar agama dan sah sehingga tamat tempoh mereka di Selangor," katanya yang menjawab soalan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH-Taman Medan) pada persidangan DUN Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.
Syamsul Firdaus ingin mengetahui sama ada individu berstatus ahli politik tidak akan diberikan tauliah mengajar dan jumlah ahli politik yang pernah atau masih memegang tauliah mengajar agama Islam di negeri ini.
Sementara itu, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Dr Siti Mariah Mahmud berkata sejumlah 191 kes keganasan rumah tangga dari bulan Januari hingga Mei lalu didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diberi bimbingan dan runding cara.
Katanya jumlah itu melibatkan 69 kes bagi daerah Petaling; Hulu Langat (38),Gombak (28), Klang (16), Sepang (15), Kuala Langat (14), Kuala Selangor (enam), Hulu Selangor (tiga) dan Sabak Bernam (dua).
Beliau menjawab soalan Haniza Mohamed Talha (Bersatu-Lembah Jaya) yang ingin mengetahui usaha dilakukan serta perancangan masa depan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Selangor bagi menangani isu penderaan fizikal dan mental, serta jumlah kes yang telah ditangani sehingga ke peringkat memberi pembelaan kepada mangsa. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Amirudin Shari menjelaskan, Jawatankuasa Tauliah MAIS juga memutuskan mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah mengajar dan masih berkuat kuasa, dikekalkan hingga tamat tempoh sah tauliah dengan bersyarat. - Gambar fail
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.
Selangor rekod nilai dagangan RM639.2 bilion setakat September - Exco
Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.
DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh
Persidangan DUN Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.
Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.
DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang
DUN Selangor belum menerima sebarang notis berhubung status ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung keahliannya yang digugurkan oleh Bersatu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.