TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada Isnin memaklumkan bahawa Taufan Muifa yang kini melanda pulau-pulau di barat daya Okinawa, Jepun membawa hujan lebat dan angin kencang.
Setakat 11 pagi waktu tempatan, Taufan Muifa dikesan pada kedudukan 30 kilometer (km) dari selatan Pulau Ishigaki dengan kelajuan angin mencecah hingga 216 kilometer sejam, lapor Xinhua.
JMA mengeluarkan amaran kepada penduduk berhampiran supaya berwaspada terhadap kejadian tanah runtuh dan memantau paras air sungai.
Taufan yang ke-12 melanda negara itu pada musim ini, dijangka terus melanda Kepulauan Sakishima hingga Rabu sebelum bergerak ke utara.
Sekitar 357.5 milimeter curahan hujan direkodkan di Pulau Hateruma dalam tempoh 24 jam setakat pagi Isnin.
Taufan Muifa turut menyebabkan perkhidmatan pengangkutan di wilayah ini tergendala, dengan dua syarikat penerbangan utama Jepun, Japan Airlines dan All Nippon Airways membatalkan penerbangan ke dan dari destinasi pelancongan popular iaitu pulau Miyako dan Ishigaki.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022

Taufan Muifa yang kini melanda pulau-pulau di barat daya Okinawa Jepun membawa hujan lebat dan angin kencang.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Taufan Muifa bawa hujan lebat, angin kencang ke Pulau Okinawa
Taufan Muifa yang kini melanda pulau-pulau di barat daya Okinawa Jepun membawa hujan lebat dan angin kencang.

Taiwan keluarkan amaran Taufan Muifa
Taufan itu mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 144 km/j dengan tiupan angin sehingga 180 km/j serta mempunyai radius 150km.