Institusi pendidikan tinggi swasta milik kerajaan negeri Terengganu, Kolej Universiti TATI (TATIUC) berjaya menghasilkan mesin nyahkuman (sterilization chamber) bagi membantu negara membendung virus wabak COVID-19.
Menurut Rektor TATIUC, Prof Dr Anuar Ahmad, setakat ini, pihaknya berjaya menghasilkan lima buah mesin untuk ditempatkan di Hospital Kemaman dan beberapa premis tumpuan awam.
Dr Anuar berkata mesin berkenaan akan digunakan sebagai ruang laluan yang berfungsi untuk nyahkuman secara automatik dalam tempoh hanya kira-kira tiga saat.
"Alhamdulillah, setakat ini Kolej Universiti TATI telah berjaya membina lima Infection Sterilization Chamber untuk digunakan di hospital-hospital dan tempat awam di sekitar Kemaman, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
"Sekarang ini kita banyak lagi menerima tempahan dari luar dan kita sedang usahakan, insya-Allah," katanya.
Menurut Dr Anuar, TATIUC juga menghasilkan 70 set alat ‘Aerosol Box’ untuk disumbangkan kepada beberapa hospital bagi kemudahan membuat ujian saringan COVID-19.
Pihaknya turut menghasilkan 9,000 unit alat pelindung muka untuk diagihkan kepada hospital di seluruh Terengganu dan petugas barisan hadapan.
Astro Awani
Sun Apr 05 2020

Kolej Universiti TATI telah berjaya membina lima Infection Sterilization Chamber untuk digunakan di hospital-hospital dan tempat awam di sekitar Kemaman, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

TATIUC hasilkan mesin mampu nyahkuman dalam tempoh 3 saat
Mesin berkenaan akan digunakan sebagai ruang laluan nyahkuman yang berfungsi secara automatik selama kira-kira tiga saat.