KUANTAN: Pihak berkuasa negeri Pahang (PBN) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada syarikat perlombongan di Tasik Chini, Pekan lebih awal daripada tempoh lesen pajakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata tindakan itu dibuat supaya kerja-kerja memulihkan semula Tasik Chini dapat dilakukan secepat mungkin, memandangkan lesen kepada pemegang pajakan aktiviti itu sepatutnya tamat pada bulan ini.
"Saya baru meninjau perkembangan usaha pemulihan dan alhamdulillah semuanya berjalan mengikut jadual dalam aspek penanaman semula dan pembinaan benteng di situ yang sudah berada pada tahap 75 peratus.
"Malah, penglibatan masyarakat Orang Asli di sana dalam usaha ini juga sangat baik dengan mengusahakan tapak semaian pokok hutan yang akan ditanam di situ," katanya kepada pemberita pada Majlis Peletakan Batu Asas Foodlawn.Kome@Tanjung Lumpur di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata beliau akan terus memantau kerja pemuliharaan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia itu yang dijalankan pelbagai jabatan dan agensi seperti Jabatan Perhutanan Pahang, Jabatan Alam Sekitar dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sebelum ini, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengesahkan bahawa tiada lesen perlombongan baharu dikeluarkan selepas kawasan seluas 4,600 hektar di tasik itu diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019.
Bagaimanapun, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan sebelum pewartaan itu dibuat dan daripada jumlah itu, hanya dua yang masih beroperasi dengan satu daripadanya tamat pada Jun lepas manakala lesen sebuah lagi pemegang pajakan dijadualkan tamat hujung tahun ini.
Pada perkembangan berkaitan, Wan Rosdy berkata penubuhan pasukan elit dalam Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang membantu mengurangkan aktiviti pencerobohan tanah dan perlombongan haram yang banyak merugikan kerajaan negeri sebelum ini.
Mengulas mengenai Foodlawn.Kome@Tanjung Lumpur, Wan Rosdy berkata, ia berkonsepkan perniagaan berpusat yang bertujuan membimbing dan melahirkan usahawan muda.
Kuantan menjadi lokasi projek rintis dengan peruntukan sebanyak RM2.8 juta sebelum ia dikembangkan ke daerah Maran, Lipis, Temerloh dan Rompin bagi memberi peluang kepada mereka yang mahu mencipta peluang perniagaan sendiri menerusi perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Pihak berkuasa negeri Pahang (PBN) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada syarikat perlombongan di Tasik Chini. - pahang.gov.my
Agenda AWANI: DBP: Cabaran dan masa hadapan
Sejauh mana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) komited dalam pembangunan bahasa, sastera dan persuratan negara? Apakah pendekatan strategik berdepan cabaran masa kini? Ikuti diskusi mengenai pembangunan dan pengukuhan peranan DBP dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah.
Pasaran getah ditutup rendah
Pasaran getah ditutup rendah pada Rabu, seiring dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Peniaga rugi hampir setengah juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang peniaga mengalami kerugian hampir setengah juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
AWANI Ringkas: Pengeboman Bali | Kes wanita hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Siapa golongan T15?
Apa keperluan pengelasan golongan T15 dan bagaimana ia mencerminkan perubahan struktur reformasi ekonomi? Apa langkah-langkah yang wajar diambil terhadap golongan T15 untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara? Diskusi 8.30 malam
KPKM diminta kaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan import
KPKM telah diminta untuk mengkaji mekanisme kawalan percampuran beras putih tempatan dan beras putih import beserta simulasi harga, kata Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu.
Peserta rasai sendiri rutin latihan pemain kebangsaan
Peserta Kem Badminton Astro Kasih diberi peluang merasai sendiri bagaimana dilatih sebagai seorang pemain kebangsaan menerusi kem latihan lima hari di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
Sambutan Krismas: Hiasan rumah jadi tumpuan ramai
Sebuah kediaman di Taman Teluk Molek, Butterworth menjadi tumpuan masyarakat berbilang kaum susulan hiasan sempena sambutan Krismas yang meriah sehingga tular dalam media sosial.
12 penuntut universiti awam di Terengganu direman kes pukul
Seramai 12 penuntut sebuah universiti awam di Terengganu direman empat hari bagi membantu siasatan kes pukul secara bergilir-gilir menggunakan objek tumpul.
Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan
Beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.
Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan
Kerajaan Pahang komited dalam melaksanakan usaha pemulihan Tasik Chini di Pekan dekat sini, secara berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO
Nik Nazmi berkata, ia diputuskan mesyuarat ICC MAB35 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.
Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin
Kerajaan yakin status Tasik Chini, di Pahang sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) tidak akan terlucut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan
Pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.
Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.
Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan
Kawasan Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar dapat dipertahan jika semua penanaman semula dan pemulihan berjalan seperti dirancang.
Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik
Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang bagi mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.
KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara.