IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk merangka pelan jangka pendek bagi mengatasi masalah Tasik Bukit Merah yang semakin kering.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai beberapa agensi teknikal seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurutnya, Tasik Bukit Merah merupakan tasik buatan manusia yang tidak mempunyai mata air dan hanya bergantung kepada air hujan.
“Jawatankuasa ini akan merangka pelan jangka pendek kerana bagi pelan jangka panjang, kita akan mendapat peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan air dari Sungai Perak ke Tasik Bukit Merah,” katanya kepada pemberita selepas program Hari Bertemu Pelanggan kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Beliau mengulas rungutan nelayan darat di Tasik Bukit Merah yang mendakwa hilang mata pencarian ekoran tasik yang semakin kering sejak kira-kira seminggu lalu.
Ia dikatakan berpunca daripada dasar tasik yang semakin cetek kerana dipenuhi lumpur, menyebabkannya tidak dapat menampung air yang banyak
Saarani berkata, pada tahun 2021. terdapat cadangan untuk mengorek dan mendalamkan tasik berkenaan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah teknikal.
Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri juga akan memohon kelulusan daripada kerajaan Persekutuan untuk melakukan pembenihan awan di kawasan tasik berkenaan.
Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri meminta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyediakan satu ketetapan bagi menentukan kaedah dan syarat kelayakan untuk sesebuah syarikat melakukan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
Menurutnya, ia susulan kerajaan negeri telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat tempatan yang menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti itu di Mukim Kenering, Hulu Perak.
“Kita harus pastikan bahawa ia akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Jadi syarikat-syarikat berkaitan mestilah yang ada kepakaran dari aspek perlombongan NR-REE itu di samping harus ada sumber kewangan yang kukuh kerana ia memerlukan satu perbelanjaan yang besar,” ujarnya.
Beliau diminta mengulas berkenaan laporan media berhubung laporan media berkenaan beberapa syarikat sudah menunjukkan minat untuk memproses NR-REE di Mukim Kenering.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jul 03 2024

Nelayan darat di Tasik Bukit Merah mendakwa hilang mata pencarian ekoran tasik yang semakin kering sejak kira-kira seminggu lalu. - Gambar/ JPS Daerah Kerian
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Tasik Bukit Merah semakin kering, Perak tubuh jawatankuasa khas
Kerajaan Negeri Perak akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk merangka pelan jangka pendek bagi mengatasi masalah Tasik Bukit Merah yang semakin kering.

Mayat tanpa identiti, bertatu ditemui terapung di Tasik Bukit Merah
Pemeriksaan mendapati mayat tersebut mempunyai tatu di lengan kanan, bahu kanan dan kiri dan terdapat tulisan 'ushra' di lengan kanan.

Kualiti air Tasik Bukit Merah merosot, LRA Bagan Serai henti operasi
Sebanyak 19,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar Parit Buntar, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau akan mengalami gangguan bekalan air berikutan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Jala

Empangan Tasik Bukit Merah perlu didalamkan elak industri pelancongan terjejas
Yayasan Pulau Orang Utan meminta kerajaan negeri Perak mendalamkan Empangan Tasik Bukit Merah.