KUANTAN:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang hari ini memutuskan tarikh akhir penghantaran bantuan pascabanjir ke negeri itu yang dimohon menerusi sistem ebanjir.pahang.gov.my ialah pada Jumaat ini (5 Feb).
Menurut kenyataan jawatankuasa itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi terkini yang menyaksikan wujud kluster baharu berpunca daripada sukarelawan bantuan pascabanjir dan di tempat kerja.
"Kerajaan negeri juga akan menguatkuasakan had perjalanan 10 kilometer sahaja dari kediaman seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta-merta bagi mengekang penularan wabak COVID-19," demikian menurut kenyataan itu.
Kerajaan negeri sebelum ini mensyaratkan mereka yang hendak menghantar bantuan pascabanjir di Pahang perlu mendapatkan kebenaran melalui sistem e-banjir selain wajib memperoleh permit rentas daerah daripada polis.
Bagaimanapun, penghantaran barangan itu terhad di pusat pengumpulan yang diwujudkan di sempadan negeri iaitu Bentong, Rompin dan Kuantan dengan pengagihan akan dilakukan oleh pusat kawalan operasi bencana (PKOB) negeri dan daerah.
Selain itu, kerajaan negeri juga mensyaratkan hanya sukarelawan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari dalam Pahang boleh menyertai aktiviti gotong-royong pascabanjir, terhad kepada terma yang ditetapkan.
Pada perkembangan berkaitan, jawatankuasa itu berkata semua urusan kaunter perkhidmatan pejabat persekutuan dan negeri yang melibatkan orang awam ditangguhkan mulai esok (2 Feb) hingga 14 Feb dan orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan dalam talian.
Selain itu, kehadiran kakitangan jabatan kerajaan negeri tertakluk kepada arahan Setiausaha Kerajaan Pahang manakala kakitangan Jabatan Persekutuan pula tertakluk kepada arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
"Keutamaan kehadiran di pejabat ialah kakitangan yang terlibat dalam perkhidmatan perlu yang ditentukan oleh ketua jabatan manakala kakitangan lain akan bekerja dari rumah.
"Bagi pihak swasta yang disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu, pengoperasian tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh MKN iaitu hanya melibatkan 30 peratus kehadiran bagi pihak pengurusan," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

Pemandangan udara menunjukkan sebahagian Bandar Temerloh dan kawasan sekitar yang dilanda banjir akibat limpahan air dari Sungai Pahang pada 7 Januari lalu. - Gambar fail/ Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.

Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.

Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.

Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.