KUALA SELANGOR: Menikmati roti canai yang merupakan makanan sinonim masyarakat Malaysia di warung terletak di Kampung Sungai Yu, di sini, tentunya memberi kelainan kepada pengunjung.
Mana tidaknya, pengusaha warung tersebut Dimyati Tualo, 61, mengetengahkan roti canai pelbagai perisa dan warna yang diadun menggunakan resepi 'rahsianya'.
Bahkan, kedai yang terletak lebih 70 kilometer dari ibu negara itu dikenali sebagai Warung Roti Canai Pelangi kerana barisan doh tepung pelbagai warna terang yang disusun berselang-seli di atas meja bak pelangi sebelum ditebar dan dimasak.
Hidangan unik itu bukan sahaja mempunyai warna menarik seperti merah jambu, hijau, biru dan kuning tetapi jua turut berperisa strawberi, durian, epal, keladi dan jagung.
Berkongsi lanjut, anak jati Kuala Selangor itu berkata beliau mengambil masa kira-kira enam bulan untuk 'bereksperimen' mendapatkan resepi dan sukatan betul bagi memasukkan warna dan bahan perisa yang tepat ke dalam adunan.
"Mula-mula saya hanya letak pewarna sahaja, empat bulan kemudian saya mula bereksperimen meletakkan bahan perasa pula.
"Penyesuaian sukatan bahan termasuk pewarna, perisa dan bancuhan air, termasuk suhu sesuai adalah aspek paling mencabar dan rumit bagi menjayakan resepi ini, tersalah bancuhan akan menyebabkan keseluruhan adunan rosak," katanya kepada Bernama.
Penebar roti canai dengan 15 tahun pengalaman itu berkata perniagaan yang beroperasi 7 pagi hingga 12 tengah hari, itu secara purata menerima 300 pelanggan pada hari Selasa hingga Khamis dan boleh mencecah 1,000 pelanggan ketika beroperasi pada hujung minggu.
Katanya keunikan roti canai yang mula ditawarkan pada awal 2020 itu turut menjadi tarikan pelancong selain menjadi pilihan persinggahan pasukan konvoi bermotosikal yang melalui kawasan tersebut.
Menurutnya, sambutan memberangsangkan pelanggan itu turut membuka peluang pekerjaan secara separuh masa kepada anak-anak muda di kampung berhampiran memandangkan beliau memerlukan sehingga 16 pekerja bagi menyokong operasi.
Bapa kepada lima anak itu berkata beliau mengambil masa kira-kira empat jam untuk menyiapkan roti canai berharga RM1.50 itu, serta menggunakan hampir 10 guni tepung gandum untuk operasi lima hari seminggu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Keunikan roti canai itu turut menjadi tarikan pelancong selain pilihan persinggahan pasukan konvoi bermotosikal. -Foto Facebook/Roti Canai Pelangi
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Tarikan roti canai warna-warni di Kuala Selangor
Dimyati berkata secara purata menerima 300 pelanggan pada hari Selasa hingga Khamis dan boleh mencecah 1,000 pelanggan ketika beroperasi pada hujung minggu.