KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik tender untuk membekalkan label keselamatan hologram bagi produk farmaseutikal berdaftar dengan kementerian berkenaan yang dibuka beberapa minggu lalu.
Presidennya, Datuk Badruddin Abu Bakar berkata, ia berikutan wujud beberapa kepincangan dalam pengiklanan tender perolehan tersebut.
Tegas beliau, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa juga diminta supaya melihat kembali isu tata kelola berhubung tender tersebut bagi membolehkan pengiklanan baharu dibuat.
“Antara kepincangan kita lihat adalah tender bernilai lebih RM120 juta terbuka kepada pembekal yang hanya perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
“Sedangkan syarat perlu dipatuhi bagi cetakan hologram ialah mempunyai lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Surat Kelulusan Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan (CGSO) Jabatan Perdana Menteri dan paling utama ia hanya dikhaskan kepada syarikat 100 peratus bumiputera,” katanya ketika sidang akhbar khas di pejabat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di sini pada Jumaat.
Menurutnya, apabila iklan yang dikeluarkan baru-baru ini meletakkan syarat hanya memerlukan pembekal berdaftar dengan SSM, ia dibimbangkan akan berlaku pemberian tender kepada syarikat yang tidak mempunyai kepakaran sepatutnya.
“Kebimbangan ini berasas kerana dalam perjumpaan minggu lalu, saya dapati kira-kira 40 syarikat telah memasuki tender ini, sedangkan kurang daripada 10 pembekal sahaja diperlukan,” katanya.
Tambah Badruddin, antara kepincangan lain turut dikenal pasti adalah harga dokumen bernilai RM5,000 yang disifatkan terlalu mahal, sekali gus akan mengehadkan kemampuan pembekal layak untuk mengambil bahagian dalam tender tersebut.
Katanya, tempoh 21 hari untuk serahan dokumen berserta contoh barang oleh pembekal juga terlalu singkat kerana semuanya perlu dilakukan secara manual.
Sehubungan itu, beliau turut berharap agar selepas ini Kementerian Kewangan dan KKM mengambil serius isu pengiklanan tender yang berkaitan dengan sistem keselamatan kesihatan.
“Kerajaan pada masa sama perlu mengetatkan lagi aspek pematuhan mana-mana agensi kerajaan terhadap pekeliling kementerian berhubung kerja mencetak atau pembekalan melibatkan label keselamatan hologram bagi produk farmaseutikal ditawarkan kementerian, agensi atau jabatan berkaitan,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai masa depan industri pencetakan di negara ini, Badruddin berkata, ia masih di landasan yang baik.
“Semua ahli persatuan ini diminta supaya terus bersatu demi survival industri pencetakan bumiputera, selain turut meningkatkan keupayaan perkhidmatan agar kekal berdaya saing.
“Ketika ini kita mempunyai kira-kira 100 ahli dan pihak kami terus komited untuk memperjuangkan masa depan industri pencetakan,” kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023

Badruddin bercakap pada sidang akhbar di pejabat DPMM, Bukit Petaling pada Jumaat. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tarik balik tender bekal hologram - PPPMM
Badruddin berkata, wujud beberapa kepincangan dalam pengiklanan tender perolehan tersebut.
.jpg)
Tak mainlah video call, tak lama lagi Malaysia akan ada Hologram Call!
Tak sabar nak call secara hologram!

Demi cinta kepada 'gadis maya'...
Tiada saudara mara menghadiri majlis perkahwinannya dengan Miku, animasi berumur 16 tahun.

Konsert Hatsune Miku, konsert hologram pertama di Malaysia!
Mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia tidak pernah, namun keunikan itu menjadikan penyanyi maya dari Jepun, Hatsune Miku, begitu diminati ramai di seluruh dunia!