Pengerusi Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan kesal dengan isu dua cokelat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. yang mengandungi DNA babi (porcine) dan mahu semua cokelat keluaran syarikat berkenaan ditarik balik.
“Kami amat kesal dengan kejadian ini. Kami mahu pihak Cadbury bertanggungjawab sepenuhnya. Secara tidak langsung, ia terus menggugat keyakinan pengguna kepada produk berkenaan,” kata beliau.
Beliau turut mahukan semua produk Cadbury yang diproses di kilang yang sama ditarik balik atau digantung dari pasaran.
Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi DNA babi (porcine) iaitu:
1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan
2) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
“Keyakinan terhadap produk Cadbury sudah tergugat. Produk-produk yang lain turut diproses di kilang yang sama cuma mungkin bahan yang sama tidak dapat dikesan,” kata Nadzim.
Pihak PPIM juga mahukan pihak JAKIM untuk mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengeluarkan sijil halal supaya mengajar syarikat-syarikat pengeluar makanan untuk tidak mengambil kesempatan.
“Perlu ada SOP dimana pihak JAKIM atau berkuasa untuk mengambil persampelan rawak (random sampling) yang dilakukan sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali keatas semua produk. Ia sebagai langkah supaya perkara ini tidak berlaku.
“Sebelum ini, pihak JAKIM akan memberikan kompaun, nasihat atau amaran kepada pihak pengeluar dan kemudian memberikan akan memberikan sijil halal kembali. Namun, pihak JAKIM perlu memperketatkan SOP mereka,” kata Nadzim.
Beliau turut berkata isu ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan sahaja menjejaskan pengguna umat Islam tetapi mereka yang vegetarian yang tidak boleh mengambil sebarang kandungan dari binatang.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Shaani Abdullah berkata tindakan yang tegas perlu diambil keatas pengeluar supaya mereka tidak mengambil mudah tentang isu ini.
“Kita juga tidak boleh menyalahkan pihak JAKIM sepenuhnya kerana pengeluar akan memberikan sampel kepada JAKIM untuk mendapat sijil halal namun ia tidak praktikal untuk JAKIM memantau setiap produk mereka.
“Pihak pengeluar perlu bertanggungjawab dan mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Mereka tidak boleh mengambil mudah tentang ramuan yang digunakan selepas mendapat kelulusan sijil halal," kata Shaani.
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
Sementara itu, JAKIM menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
Syafique Shuib
Sat May 24 2014

Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan mahu JAKIM lebih tegas.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Dua sampel coklat Cadbury diambil JAKIM terus dari kilang - Jamil Khir
Sampel diambil terus dari kilang pembuatan bagi mengelak sebarang pencemaran.

Cadbury akan kaji rantaian bekalan, akan pastikan semua cokelatnya disahkan halal
Cadbury memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua cokelat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan Halal oleh JAKIM.

Tarik balik semua produk Cadbury, pengeluar perlu bertanggungjawab - PPIM
Pengerusi Persatuan Pengguna Islam mahu mahu pengeluar makanan memberi persampelan rawak sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali.

DNA babi dikesan dalam dua jenis coklat susu Cadbury Dairy Milk
Kementerian Kesihatan mengesahkan DNA babi (porcine) dalam dua produk Coklat Susu Cadbury Dairy Milk.