KOTA KINABALU: Kerajaan digesa menarik balik keputusan menangguhkan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bernilai RM600 juta di Kalabakan atas alasan tiada peruntukan diberikan Kementerian Kewangan.
Timbalan Ketua Menteri I Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut tidak adil kepada rakyat Sabah yang memerlukan pemangkin ekonomi bagi membangunkan kawasan Pantai Timur Sabah agar lebih maju selepas ini.
Tegasnya, keputusan penangguhan yang diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof itu amat mengejutkan lebih-lebih lagi projek berkenaan telah pun bermula dan berjalan dengan lancar.
"Alasan ini tidak boleh diterima kerana CIQ itu akan membantu lonjakan ekonomi Sabah kesan daripada perpindahan ibu kota Indonesia di Kalimantan.
"Sudah terlalu lama Sabah ketinggalan daripada sektor ekonomi berbanding Semenanjung walaupun hakikatnya kita menyumbang hasil yang banyak kepada negara.
"Tetapi apabila ada projek yang baik diumumkan kerajaan pula tangguhkan atas alasan tiada peruntukan tanpa mengambil kira kepentingan dan keperluan rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, Sabah tidak boleh dijadikan mangsa kepada kekangan kewangan Kerajaan Persekutuan memandangkan lebih banyak projek pembangunan di Semenanjung sebagai contoh Projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2) di Kuala Lumpur yang bernilai lebih RM20 bilion sudah hampir disiapkan.
Katanya Projek CIQ Kalabakan pula sebaliknya jauh lebih murah dan sama pentingnya untuk rakyat Sabah seperti perlunya MRT2 di Semenanjung disiapkan.
"Dengan pembukaan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia, perpindahan rakyat Indonesia dari kepulauan Jawa dijangka berlaku secara besar-besaran, maka tempias ekonomi akan turut melanda Pantai Timur Sabah.
"Tetapi syaratnya ialah kita perlu sediakan kemudahan lebih-lebih lagi Lebuh Raya Trans-Borneo sedang menanti untuk menghubungkan Sabah dengan Kalimantan.
"Jika kerajaan meneruskan penangguhan itu maka Sabah akan terus ketinggalan walaupun peluang sudah terbuka di depan mata kerana infrastruktur yang penting seperti Kompleks CIQ tidak dibina," katanya.
Kompleks CIQ di Kalabakan jika siap bakal menjadi pintu masuk antara Sabah dan Indonesia melalui Kalimantan Utara.
Projek di Serudong itu merupakan sebahagian daripada projek Jalan Kalabakan-Serudong iaitu salah satu pakej dalam Lebuh Raya Trans-Borneo.
Alexion Mairin
Sun Mar 27 2022
![Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635480923_BungMoktarRadin.jpg)
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut tidak adil kepada rakyat Sabah yang memerlukan pemangkin ekonomi bagi membangunkan kawasan Pantai Timur Sabah agar lebih maju selepas ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635480923_BungMoktarRadin.jpg)
Tarik balik keputusan tangguh pembinaan CIQ Kalabakan - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keputusan tersebut tidak adil kepada rakyat Sabah yang memerlukan pemangkin ekonomi bagi membangunkan kawasan Pantai Timur Sabah agar lebih maju.