Langkah menarik balik kad pengenalan (IC) Malaysia boleh memastikan integriti dokumen pengenalan diri itu, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang asing tanpa izin di Sabah, di sini hari ini.
Berdasarkan kajian dilakukan UPKO, beliau berkata pihak berkuasa kompeten boleh dilantik untuk mengesahkan ketulenan IC berkenaan.
"Badan ini (pihak berkuasa kompeten) boleh menjadi pasukan petugas khas terdiri daripada pegawai atau profesional daripada sektor swasta atau malahan daripada pergerakan masyarakat sivil.
"Ketelusan mesti dijamin. Kita boleh menggantikan IC itu secara berperingkat dan oleh itu, tidak harus ada perasaan was-was di pihak mana-mana orang untuk menyerahkan IC masing-masing bagi tujuan pengesahan dan selepas itu, akan dikeluarkan IC baharu (kepada mereka)," katanya kepada panel lima anggota RCI diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.
Dompok berkata sekiranya semua IC di Sabah ditarik balik dan digantikan selepas disahkan, langkah itu dapat menjawab kritikan dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai 'penipuan' pada senarai pengundi.
"Mereka yang telah mendapat kewarganegaraan secara licik dan menjadi pengundi boleh dipadamkan
daripada senarai (pengundi) serta merta," katanya.
Dompok juga mencadangkan kerajaan membuat pindaan terhadap undang-undang sedia ada atau menguatkuasakan undang-undang baharu mengenai perbuatan khianat untuk memastikan rakyat Malaysia yang memberi atau menjual dokumentasi Malaysia boleh dipertanggungjawabkan dan dihukum berat bagi kesalahan jenayah mereka itu.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek memberitahu suruhanjaya itu bahawa semasa beliau menjadi Pengarah Imigresen Sabah dari 2010 hingga Mac tahun ini, beliau pernah berdepan kes warga asing yang mendakwa pelarian Filipina dan memiliki dokumen IMM13 palsu.
Katanya perkara itu dikesan semasa operasi jabatan itu, tetapi menafikan ada anggota jabatan itu terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu.
Dalam kapasitinya sebagai ketua pengarah ESSCOM, yang dipegangnya pada 1 April tahun ini, Mohammad berkata peranan agensi itu ialah memperketatkan kawalan di sempadan berikutan kedudukan Sabah dekat dengan dua negara iaitu Indonesia dan Filipina.
Beliau juga berkata terdapat lebih 400 pulau yang ada nama dan tidak bernama di pantai timur yang boleh digunakan oleh pendatang untuk menyusup masuk ke negeri ini yang juga boleh menjadi tempat persembunyian daripada pihak berkuasa.
Panel itu turut dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Datuk Dr Kamaruzzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk KY Mustapha dan bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Herman J Luping, yang juga bekas Peguam Besar Sabah.
Pendengaran bersambung 1-5 Julai.
Bernama
Sat Jun 22 2013
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Agong terima watikah pelantikan daripada Duta, Pesuruhjaya Tinggi baharu
Turut menerima watikah ialah bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang dilantik sebagai Duta Besar ke Kemboja.
Dompok ucap terima kasih kepada Najib dilantik sebagai duta ke Vatican City
Dompok turut melahirkan rasa rendah diri kerana diberi penghormatan sebagai duta tetap Malaysia pertama di bandar penganut Kristian Gereja Katolik.
Dompok disenaraikan duta Malaysia ke Vatican City
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok disenaraikan sebagai bakal duta Malaysia ke Vatican City, Malta dan Albania.
Bernard Dompok umum letak jawatan Presiden UPKO
Tan Sri Bernard Dompok mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden UPKO.