KOTA BHARU: Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat yang berdepan dengan cabaran pada waktu ini.
Itu janji Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut memaklumkan, dalam rangka mempertingkatkan kuota yang perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik.
"Pertama sekali, tenaga mencukupi dan keduanya, kadar pembayaran yang perlu dibuat ini berkaitan tarif eletrik tidak membebankan rakyat, ini dasar Kerajaan Prihatin.
"Oleh sebab itu kita akan cuba sebaik mungkin dalam rangka kita mempertingkatkan kuota perlu untuk beri perhidmatan bermutu dan ianya tidak melibatkan peningkatan tarif.
"Saya sedang cuba sekurang-kurangnya dalam masa ini supaya tidak membebankan rakyat dan saya memberi jaminan tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum ada apa-apa semakan," katanya.
Beliau berkata sebagai sebuah badan korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), soal perniagaan merupakan teras utama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Namun TNB perlu mencari jalan untuk mengimbangi antara perkhidmatan dan perniagaan walaupun TNB mempunyai hak untuk membuat semakan dalam tempoh tempoh tertentu.
Mengulas mengenai Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), kementeriannya juga turut menyediakan pelan jangka panjang dan pendek.
Antaranya memastikan bekalan tenaga negara mencukupi termasuk sumber tenaga boleh diperbaharui.
Muhafandi Muhamad
Sun Sep 26 2021
![Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat - Takiyuddin Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630155225_Takiyuddin.jpg)
Takiyuddin berkata, dalam rangka mempertingkatkan kuota yang perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![NETR bawa kesan limpahan ekonomi kepada kontraktor kecil - Pengarah Urusan Gading Kencana NETR bawa kesan limpahan ekonomi kepada kontraktor kecil - Pengarah Urusan Gading Kencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684907088_fieldofsolarpanel.jpg)
NETR bawa kesan limpahan ekonomi kepada kontraktor kecil - Pengarah Urusan Gading Kencana
Dasar kerajaan telah memberi kesan limpahan ekonomi yang positif kepada kontraktor kecil dan mengembangkan kek ekonomi negara.
![Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat - Takiyuddin Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81630155225_Takiyuddin.jpg)
Tarif elektrik akan dikaji dengan teliti sebelum semakan dibuat - Takiyuddin
Dalam rangka mempertingkatkan kuota yang perlu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, ianya tidak menyebabkan kenaikan tarif elektrik.
![TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/81481294598_tnb.jpg)
TNB nafi terima arahan naikkan tarif elektrik
TNB menasihatkan orang ramai agar mengabaikan mesej tersebut dan tidak berkongsi dengan pihak-pihak lain.
![PERKASA: Rakyat tertekan akibat kos hidup meningkat PERKASA: Rakyat tertekan akibat kos hidup meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-11/71353317154_295x200.jpg)
PERKASA: Rakyat tertekan akibat kos hidup meningkat
Kombinasi kenaikan harga barang yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menjadikan keadaan semakin gawat dan rakyat gelisah.