GEORGE TOWN: Walaupun berlaku kenaikan tarif air di Pulau Pinang namun purata tarif domestik itu adalah yang kedua terendah di Malaysia selepas Terengganu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang K.Pathmanathan.
Pathmanathan berkata purata kadar baharu untuk penggunaan domestik sehingga 35 meter padu (m3) sebulan ialah RM0.86 setiap m3 iaitu 1,000 liter dan caj minimum setiap bulan ialah RM6.20 sebulan.
"Kadar air domestik baharu mula dibilkan di Pulau Pinang berkuat kuasa 1 Feb iaitu selaras dengan Peraturan Kerajaan Persekutuan baharu yang diterbitkan pada 31 Jan lepas.
"Data PBAPP 2023 menunjukkan bahawa kira-kira 77.3 peratus atau 460,350 daripada 590,290 pengguna air domestik daripada pengguna domestik Pulau Pinang telah dibilkan untuk penggunaan 35 m3 atau kurang pada tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata menerusi tarif baharu itu menetapkan kadar baharu untuk jenis penggunaan air lain yang akan dicaj bermula 1 Feb lalu iaitu kadar untuk perkhidmatan bekalan air domestik pukal iaitu kadar rata RM1.73 setiap m3 dan caj minimun RM17.30 setiap bulan.
Pathmanathan berkata domestik pukal ialah penggunaan air melalui meter pukal, terutamanya oleh badan pengurusan hartanah yang bertanggungjawab ke atas bangunan kediaman bertingkat tinggi, komuniti berpagar, kuarters estet dan kuarters kerajaan.
Katanya kadar untuk perkhidmatan bekalan air bukan domestik pula iaitu 0 hingga 35m3 ialah RM1.57 bagi setiap m3 manakala melebihi 35m3 pula RM2.17 setiap m3 dan caj minimum RM15.70 setiap bulan.
"Bagi kadar untuk perkhidmatan bekalan air rumah ibadat dan institusi kebajikan ialah kadar rata RM0.67 setiap m3 dan caj minimum RM6.70 sebulan manakala untuk perkapalan pula kadar rata RM7.07 setiap m3 serta caj minimum RM70.70 setiap bulan," katanya.
Beliau berkata kumpulan syarikat PBA mengunjurkan untuk menjana pendapatan tambahan RM86 juta pada tahun ini hasil pelaksanaan kadar baharu itu dan ia akan digunakan terutamanya untuk membiayai projek pembangunan infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.
"Antaranya projek pembangunan infrastruktur ialah saluran paip Sungai Perai 1,350 milimeter baharu yang menyeberangi sungai, projek-projek penggantian saluran paip dan saluran paip baharu yang kritikal di seluruh negeri serta projek segera yang digariskan dalam Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030 (WCP 2030) untuk memastikan kecukupan bekalan air sehingga 2030," katanya.
Pada bulan lepas Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU), Ts Abdul Karim Endut berkata tarif baharu air bagi kategori pengguna domestik di Terengganu naik 16 sen, termasuk caj elektrik bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari dan pelarasan itu akan menyaksikan caj minimum bagi pengguna domestik meningkat daripada RM4 kepada RM5.80 sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Pathmanathan berkata purata kadar baharu untuk penggunaan domestik sehingga 35 m3 sebulan ialah RM0.86 setiap m3 iaitu 1,000 liter dan caj minimum setiap bulan ialah RM6.20 sebulan. - Gambar Bernama
Usaha pencarian di Sungai Padang Terap dihentikan
Difahamkan operasi pencarian jasad Sabari Sungai Padang Terap dihentikan jam enam petang hari ini.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini kita terus dari lokasi ... Hadi Che Awang bersedia melaporkan perkembangan.
Perkasa tatakelola institusi infak, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Mohd Naim berkata, sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat.
Agenda AWANI: Iran serang Israel: Apa selepas ini ?
Israel punca kepada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat ketika ini? Serangan Iran ke atas Israel adalah tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh serta pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah? Diskusi bermula 8.30 malam
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja.
MALBATT di selatan Lubnan selamat
MALBATT 850-11 di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset.
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
GISB, Op Global, Jais, AWANI 7:45
JAIS tangkap 108 individu disyaki terlibat GISB
Siri tangkapan dijangka berterusan melibatkan suspek-suspek yang disyaki dan telah dikenalpasti berdasarkan risikan, aduan serta maklumat yang diterima oleh Jais.
Tiada usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri
Tan Sri Johari Abdul mengesahkan pihaknya belum menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Gaji tertunggak tidak boleh diterima sama sekali
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa organisasi media yang menghadapi isu tunggakan gaji petugas supaya segera menyelesaikan bayaran.
Tekanan di tempat kerja
Tekanan di tempat kerja
Tarif air di Pulau Pinang kedua terendah di Malaysia - PBAPP
Walaupun berlaku kenaikan tarif air di Pulau Pinang namun purata tarif domestik itu adalah yang kedua terendah di Malaysia selepas Terengganu.