IPOH: Kebenaran merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau membolehkan solat sunat tarawih kembali meriah dengan kehadiran ramai jemaah.
Tinjauan Sinar Harian di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini, mendapati seluruh ruang utama solat di masjid tersebut penuh sehingga saf terakhir malahan terdapat jemaah yang terpaksa solat di luar dewan solat utama.
Seorang jemaah masjid yang ditemui, Mustafa Kamal Harun, 67, meluahkan rasa gembira dan terharu apabila tuntutan merapatkan saf dapat dilaksanakan semula.
Katanya, perkara itu amat dinanti-nantikan oleh seluruh jemaah masjid dan surau kerana penjarakan saf solat berjemaah begitu asing.
"Apabila diumumkan saf boleh dirapatkan, saya antara orang yang sangat gembira dan tidak sabar untuk melaksanakannya. Merapatkan saf memang sangat dituntut dan setelah sekian lama ia dibenarkan kembali.
"Saya juga seronok bila rapat saf, kita dapat lihat semangat silaturahim itu kembali semula," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Masjid Muhammad Al-Fateh, Taman Jati di sini pada Sabtu.
KANDUNGAN RAMADAN ASTRO AWANI ADA DI SINI
Sementara itu, Pengerusi Masjid Muhammad Al-Fateh, Zulkifly Ibrahim berkata, apabila saf boleh mula dirapatkan, jumlah jemaah meningkat begitu ketara.
Katanya, bagaimanapun masih ada yang kekok untuk merapatkan saf memandangkan amalan tersebut telah dua tahun ditinggalkan.
"Alhamdulillah, kehadiran jemaah sangat baik terutama golongan muda yang datang ke masjid. Begitu juga mereka yang hadir membawa anak-anak dan ahli keluarga masing-masing.
"Cuma mungkin terdapat beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang kurang jelas dan perlu diperbaiki agar jemaah selesa menunaikan solat berjemaah di masjid," katanya.
Menurut Zulkifly, antara SOP yang boleh diperbaiki melibatkan galakan membawa sejadah sendiri dengan pelbagai saiz menyebabkan berlaku penjarakan saf dan kehadiran jemaah pelbagai peringkat usia.
Katanya, ada jemaah yang ragu-ragu untuk membawa ahli keluarga mereka ke masjid dan surau begitu juga dengan warga asing yang bimbang untuk hadir menunaikan solat berjemaah di masjid.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Apr 02 2022
Antara SOP yang boleh diperbaiki melibatkan galakan membawa sejadah sendiri dengan pelbagai saiz menyebabkan berlaku penjarakan saf. - Gambar/ Sinar Harian
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Tarawih kembali meriah
Kebenaran merapatkan saf solat berjemaah di masjid dan surau membolehkan solat sunat tarawih kembali meriah dengan kehadiran ramai jemaah.