Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) nafi calonnya, Datuk Dr Badhrulhisham Abd Aziz ditaja oleh Parti Amanah Negara (PAN) untuk memecahkan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Ketua Perhubungan Berjasa Johor, Mohd Izzul Hafizuddin Mohd Solehuddin berkata, pihaknya mendapati wujud mesej berunsurkan fitnah, yang ditularkan melalui akaun Facebook seorang individu baru-baru ini, dan akhirnya tersebar melalui Whatsapp dan Telegram.
“Berjasa menegaskan sekali lagi, bahawa Berjasa tidak mempunyai hubungkait dengan parti PAN apatah lagi menerima dana daripada parti tersebut.
“Berjasa amat kesal dengan politik keji yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam kempen PRK Tg Piai dan ingin menggesa agar semua pihak dapat bertanding secara sihat dengan menolak politik fitnah,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Mohd Izzul turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian bagi memastikan pengundi PRK Tanjung Piai tidak terpedaya dengan maklumat itu.
Firdaus Azil
Tue Nov 12 2019
Mohd Izzul Hafizuddin Mohd Solehuddin membuat laporan polis terhadap dakwaan kononnya Berjasa ditaja oleh Parti Amanah Negara (PAN) untuk memecahkan undi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
AWANI Ringkas: Rasionalisasi subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Menilai prestasi awal tahun dan prospek terkini pasaran
Apa yang menjadi keutamaan dan kebimbangan pasaran pada prestasi awal tahun serta jangkaan semasa? Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, mengupas berkenaan prestasi pasaran saham minggu ini dan unjuran masa terdekat.
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Januari 2025
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
Tanjung Piai Memilih: Berjasa nafi ditaja Parti Amanah Negara
Berjasa nafi calonnya, Dr Badhrulhisham Abd Aziz ditaja oleh Parti Amanah Negara untuk memecahkan undi Melayu dalam PRK Tanjung Piai