SEPANG: Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at berkata bahan kimia yang bocor dikenal pasti sebagai methyl mercaptan (bahan berbau tengik) yang dicampur pada gas memasak.
Beliau berkata bahan tersebut tidak membawa maut tetapi mendatangkan kesan seperti loya, pening dan muntah bagi individu yang kurang ketahanan badan.
Menurutnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah membuat pemeriksaan di Malaysia Airlines Engineering dan Akademi seterusnya mengesahkan kandungan gas telah tiada dan kawasan itu selamat digunakan.
"Tiada kecederaan atau kemalangan serius dan setakat 6 petang ini kita mengesahkan KLIA selamat daripada apa-apa bencana. Kita nasihat orang ramai agar tidak gusar," katanya kepada media di lokasi kejadian di sini hari ini.
Azman berkata Gas Malaysia telah bertindak menutup punca gas tersebut dan melakukan tampalan agar gas tidak terkeluar daripada tangki itu sekali gus mengelakkan bau berlegar memandangkan tiupan angin boleh menyebabkan bau tersebut merebak hingga dua kilometer.
"Operasi masih berjalan untuk pastikan Gas Malaysia membuat tampalan dengan baik demi keselamatan awam," katanya menambah hampir 1,000 orang diarahkan mengosongkan kawasan terminal kargo susulan kejadian kebocoran itu kebanyakannya pekerja Malaysia Airlines Engineering dan Akademi.
Beliau berkata pekerja Malaysia Airlines yang beroperasi 24 jam akan kembali bertugas malam ini bagi memastikan tiada jadual penerbangan tergendala.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata tahap bacaan gas di lokasi tangki skid yang bocor adalah 600 bahagian per juta (ppm), manakala kawasan sekitar bacaan adalah normal iaitu bawah 150ppm.
"Selepas kerja penampalan yang sedang dilakukan, tangki skid itu akan dialihkan sebelum dibawa ke tempat pelupusan," katanya.
Terdahulu, dilaporkan Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 berkaitan kebocoran bahan kimia di lokasi berkenaan pada 11.23 pagi.
Susulan kejadian itu, 39 mangsa telah mendapatkan rawatan kebanyakan dirawat di tempat kejadian, manakala 14 orang dibawa ke Unit Kecemasan Udara, KLIA dan seorang mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Azman berkata pekerja Malaysia Airlines yang beroperasi 24 jam akan kembali bertugas malam ini bagi memastikan tiada jadual penerbangan tergendala. - Gambar Bernama
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di Terminal Kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, KLIA.