IPOH: Polis Perak menjalankan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung penangkapan seorang lelaki pada Jumaat.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kenyataan itu dikesan hari ini di laman sosial Facebook milik Jeyakumar Devaraj PSM bertajuk ‘bebaskan Tan Tean Chee dengan segera’.
Menurutnya, ia timbul ekoran tular penangkapan seorang individu yang disyaki menghalang sepasukan pegawai daripada beberapa agensi kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja kajian tanah (soil investigation) berhampiran Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor.
Katanya, lelaki itu yang ditahan bagi menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 dan 341 Kanun Keseksaan dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi Sabtu, setelah prosedur siasatan selesai.
Bagaimanapun, katanya, kandungan kenyataan di dalam Facebook yang dikesan hari ini didapati berniat jahat dan memutarbelitkan fakta sebenar mengenai kejadian tersebut, kononnya agensi kerajaan dibantu oleh pihak polis cuba menceroboh masuk ke tanah tersebut.
“Dengan ini PDRM Perak menafikan bahawa terdapat unsur cubaan menceroboh oleh agensi-agensi kerajaan dengan bantuan pihak polis dalam kejadian ini.
“Kenyataan itu kelihatan sengaja dikeluarkan dengan niat hendak mengapikan atau menghasut sentimen orang awam terhadap kredibiliti agensi-agensi kerajaan terbabit, khususnya PDRM,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Mior Faridalathrash, satu laporan polis telah diterima hari ini terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan komen-komen tidak benar atau tuduhan tidak berasas terhadap mana-mana pihak, melalui media sosial kerana ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang.
“Pihak polis akan lebih tegas pada masa akan datang dalam mengendali kes-kes kenyataan yang mendatangkan khianat awam sebegini demi memelihara keamanan dan ketenteraman awam,” tegasnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Apr 10 2022
![Tangkapan pekebun: Polis Perak siasat pihak keluar kenyataan berbaur hasutan Tangkapan pekebun: Polis Perak siasat pihak keluar kenyataan berbaur hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649044928_MiorFaridalathrash.jpg)
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kenyataan itu dikesan hari ini di laman sosial Facebook milik Jeyakumar Devaraj PSM bertajuk bebaskan Tan Tean Chee dengan segera. - Gambar fail/BERNAMA
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.
![ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740013283_tbJDTJordiAmatLi.jpg)
ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'
![Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390471_tbSriGanes.jpg)
Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.
![Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011702_TBMuhammadSufi.jpg)
Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740012887_tbAnwarIbrahim.jpg)
Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740012683_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680580469_PolisPerakrampasan.jpg)
Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta
Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas 79 kilogram pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta dalam dua serbuan di Manjung, pada Sabtu.
![Polis Perak rampas RM126 juta pelbagai jenis dadah setakat September Polis Perak rampas RM126 juta pelbagai jenis dadah setakat September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664514820_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Polis Perak rampas RM126 juta pelbagai jenis dadah setakat September
Jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan rampasan sebanyak RM40 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.
![Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665570557_SIASATKEMALANGANJ.jpg)
Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.
![4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan 4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642409399_MiorFaridalathrash.jpg)
4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan
Empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan berkenaan, membabitkan kegagalan memakai pelitup muka dan membawa kanak-kanak ketika upacara perarakan.
![Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640776238_MiorFaridalathrash.jpg)
Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini
Sarang penagihan dadah telah dikenal pasti terbahagi kepada pelbagai lokasi antaranya di sekitar kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit.
![Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51592199298_rampasdadah.jpg)
Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta
Polis Perak berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM13.7 juta dalam operasi di seluruh negeri ini bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lalu.
![Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555133215_polisperak.jpg)
Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.
![Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir' Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71464507925_Parkir.jpg)
Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'
Orang ramai sebaliknya perlu melaporkan aktiviti itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin untuk diambil tindakan.
![Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447640753_AESCamera.jpg)
Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora
Dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan.