IPOH: Polis Perak akan memperhebatkan operasi bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dengan menghapuskan kira-kira 41 sarang penagihan dadah yang telah dikenal pasti di seluruh negeri pada tahun ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah mengarahkan kesemua 15 ketua polis daerah untuk memberi tumpuan khusus bagi menghapuskan sarang penagihan dadah dan kes-kes melibatkan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini.
"Ia merupakan sasaran utama untuk kita melakukan tangkapan terhadap sindiket dadah berskala besar," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak dan Amanat Tahun Baharu 2022 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.
Mior Faridalathrash berkata sarang penagihan dadah telah dikenal pasti terbahagi kepada pelbagai lokasi antaranya di sekitar kawasan perumahan, ladang kelapa sawit dan sebagainya.
"Tempat-tempat sarang penagihan dadah ini akan kita hapuskan tahun ini agar tiada lagi sarang dadah di seluruh negeri ini," katanya.
Sementara itu, Mior Faridalathrash berkata sebanyak RM18 juta saman berjaya dikutip menerusi diskaun kompaun saman trafik di negeri yang ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1 Dis hingga 31 Dis lepas.
Terdahulu, beliau menyerahkan bantuan banjir berjumlah RM500 berserta bakul makanan kepada 41 warga PDRM Perak yang kediaman keluarga mereka terjejas akibat banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

MIOR FARIDALATHRASH: Tempat-tempat sarang penagihan dadah ini akan kita hapuskan tahun ini agar tiada lagi sarang dadah di seluruh negeri ini. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Polis gempur sarang dadah di Kuala Kedah
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menerusi Op Khas House Storming pada Jumaat.

Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini
Sarang penagihan dadah telah dikenal pasti terbahagi kepada pelbagai lokasi antaranya di sekitar kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit.

Budak 2 tahun derita tinggal di sarang dadah
Baru berusia dua tahun tetapi sudah didedahkan dengan pelbagai gejala negatif.