Berita yang diviralkan kononnya satu daripada setiap empat rakyat Terengganu mengalami sakit mental adalah tidak benar, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata jumlah tersebut sebenarnya merujuk kepada masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan tekanan.
"Ini adalah dua perkara yang berbeza di mana sakit mental ialah gila dan mereka yang menghidapinya perlu mengambil ubat manakala masalah kesihatan mental pula biasa dihadapi ramai orang.
"Jadi, bukanlah bermaksud setiap empat daripada rakyat, seorang tu kena ambil ubat sebab sakit mental (gila) bukan macam tu, ini tidak logik...sebab ini bidang saya, bidang psikologi, saya terkejut dengar. Kalau betul macam ni untunglah, saya boleh buka klinik sebab saya ada lesen," katanya sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai salah faham terhadap laporan akhbar yang dipetik menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam satu majlis baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Razif yang juga pemegang Ijazah Sarjana Sains (Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia berkata masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan stres juga berpunca daripada tekanan hidup ketika ini seperti kos sara hidup dan kenaikan harga barangan.
"Memang ada kalanya, seseorang itu akan menghadapi 'ketidakwarasan dalam seketika' disebabkan tekanan yang terlalu tinggi, seperti yang berlaku baru-baru ini (kes tikam bakal abang ipar), begitu juga dalam perceraian. ..ketika tak sedar lafaz cerai dan bila sedar, baru rasa menyesal.
"Inilah yang sedang kita laksanakan di mana Terengganu telah menetapkan hala tuju transformasi ekonomi dengan jelas untuk dinikmati setiap rakyat menjelang tahun 2020 nanti" katanya.
Terdahulu, beliau merasmikan Gallery Walk di Wisma Darul Iman yang memaparkan hala tuju dan pelbagai projek pembangunan yang bakal dilakukan sehingga 2020 hasil rumusan Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu yang dilaksanakan awal tahun ini. - Bernama
Bernama
Tue Oct 18 2016
Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata jumlah tersebut sebenarnya merujuk kepada masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan tekanan. - Foto Bernama
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad
Proses agihan selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan keputusan telah diserahkan kepada Presiden UMNO.
PRN: Pas jangan terlalu yakin dapat tawan semua kerusi DUN Terengganu - Ahmad Razif
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik pada PRN nanti.
PRU15: Bertanding atau tidak, terserah kepada parti - Ahmad Razif
Beliau menyerahkan kepada pimpinan parti bagi memutuskan sama ada akan kekal bertanding di kerusi DUN atau sebaliknya.
Bekas MB Terengganu nafi sedia lepas kerusi DUN Seberang Takir
Ahmad Razif berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan terkejut apabila ramai yang bertanyakan soalan mengenainya sejak malam tadi.
Hormati keputusan Jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan - Ahmad Razif
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata keputusan itu adalah hak peribadi Jailani tanpa sebarang paksaan.
Jailani lepas jawatan dalam parti
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu (2013-2018) lepaskan semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang digalasnya sejak Oktober 2013.
Samsuri akui Ahmad Razif pemimpin berjiwa besar, akan bekerjasama
Kedua-dua mereka dilihat berbual santai hampir 15 minit sebelum upacara menandatangani dokumen penyerahan tugas.
Pemuda BN hadiah replika helikopter untuk MB Terengganu
Ia dihasilkan khas untuk menteri besar sebagai tanda sokongan anak muda kepada kepimpinan BN.
Alaa...gaduh 'adik-beradik', tak ke mana
Selain itu, khabar angin mengatakan wujudnya kumpulan yang akan membuat bantahan terhadap individu bertanding pada hari penamaan calon itu juga meleset sama sekali.
Saya setia pada parti, tak jadi hal jika ada MB baharu - Ahmad Razif
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir itu berkata, sekiraya itu terjadi, sokongan penuh akan diberikan kepada menteri besar yang baharu.