Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C Sivarraajh berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu setiap kali cuti hujung minggu dan cuti umum.
Beliau berkata, kedudukan kawasan itu sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka di negara menarik hampir 20,000 pelancong dari dalam dan luar negara setiap minggu.
“Disebabkan cuti panjang bermula Sabtu lalu, kadar kemasukan pelancong ke Cameron Highlands meningkat sehingga 50,000 orang dalam masa empat hari lalu. Semua pusat penginapan seperti hotel / rumah sewa penuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebagai koordinator dan calon Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Sivarraajh telah mencadangkan dan mendapat kelulusan bagi melaksanakan Pelan Mitigasi Kesesakan Lalu Lintas Cameron Highlands.
Beliau berkata, pelan tersebut melibatkan pelaksanaan kajian, penambahbaikan serta pembukaan laluan baharu dan pembinaan kawasan parkir kenderaan bertingkat bernilai hampir RM40 juta secara keseluruhannya, bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands secara strategik.
Namun perubahan kepimpinan dalam PRU lalu yang menyaksikan kekalahan mengejut BN telah merencatkan pelaksanaan usaha tersebut.
“Bagaimanapun, saya telah berbincang bersama kepimpinan di Pahang, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) bagi penubuhan jawatankuasa sementara di bawah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Cameron Highlands untuk menilai dan merancang semula inisiatif baharu bagi tujuan mitigasi kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands.
“Semua hasil kajian serta cadangan jawatankuasa ini akan dibawa ke perhatian kementerian berkaitan di peringkat kerajaan Pusat dan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian mengenai beberapa gambar kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan-jalan sekitar pusat peranginan terkemuka, Cameron Highlands tular di media sosial sejak Ahad.
Kesesakan lalu lintas itu dikatakan luar biasa berikutan cuti hujung minggu dan cuti umum sempena ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan Awal Muharam.
Difahamkan, ramai mengeluh berikutan hampir semua penginapan hotel termasuk homestay penuh sehingga terpaksa ‘bermalam’ di dalam kereta.
“Keadaan jalan sesak tahap kritikal di Cameron Highlands hari ini! Perjalanan hanya 1km menaiki kereta ambil masa lebih sejam.
“Ada rakan-rakan mengatakan ramai yang tidur di dalam kereta semalam kerana hampir semua hotel dan homestay penuh! Sebak rasa dengan anak-anak kecil dan cuaca sejuk,” demikian menurut status yang tular bersama beberapa gambar, selain menasihati orang ramai supaya merancang percutian dengan bijak.
Maklumat tersebut mencetuskan kekecohan dalam kalangan netizen sehingga ada yang menyifatkan percutian di tanah tinggi itu pada cuti umum sebagai ‘mimpi ngeri’ sehingga serik untuk ke destinasi pelancongan tersebut.
Sementara itu menurut Sivarraajh, Cameron Highlands merupakan pusat pelancongan yang terkemuka di negara ini bagi pelancong dari kumpulan domestik dan antarabangsa.
Tambahnya, sebahagian besar daripada ekonomi Cameron Highlands dijana oleh sektor pelancongan yang bernilai hampir RM260 juta setiap tahun.
“Saya percaya bahawa Cameron Highlands memerlukan satu pelan mitigasi kesesakan lalu lintas yang komprehensif dan efektif dalam jangka panjang.
“Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terlibat khususnya rakyat, agensi dan jabatan kerajaan serta kementerian yang berkaitan perlu supaya isu kesesakan lalu lintas di Cameron Highlands dapat ditangani dengan segera,” katanya.
Sinar Harian
Tue Sep 11 2018

Sebahagian besar daripada ekonomi Cameron Highlands dijana oleh sektor pelancongan yang bernilai hampir RM260 juta setiap tahun. - Gambar hiasan

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.
META akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Ujian Community Notes di platform META akan dimulakan untuk menggantikan program pemeriksaan fakta pihak ketiga.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Pendekatan baru ini membolehkan lebih ramai individu menambah konteks kepada hantaran, mengurangkan berat sebelah.
Niaga Spotlight: Addressing depopulation: fertility after 40
Depopulation and demographic shifts are a topic of global economic conversations in 2025.
In Malaysia, the total fertility rate (TFR) has declined to 1.7 births per woman in 2020, the lowest in over four decades and below the replacement level of 2.1 children per woman.
Meanwhile, mothers aged 30-39 years recorded the highest live births in the first quarter 2024 i.e; 55,864 births (52.5%), while mothers aged 40 years and over recorded 6,383 births (6.0%)
This trend is influenced by socioeconomic factors such as increased educational attainment and career focus among women, leading to delayed marriage and childbearing.
In Malaysia, the total fertility rate (TFR) has declined to 1.7 births per woman in 2020, the lowest in over four decades and below the replacement level of 2.1 children per woman.
Meanwhile, mothers aged 30-39 years recorded the highest live births in the first quarter 2024 i.e; 55,864 births (52.5%), while mothers aged 40 years and over recorded 6,383 births (6.0%)
This trend is influenced by socioeconomic factors such as increased educational attainment and career focus among women, leading to delayed marriage and childbearing.

Peniaga didenda, bergurau ada bom dalam beg rakan di lapangan terbang
Gara-gara bergurau di tempat yang tidak sesuai, seorang warga emas dikenakan denda RM100 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggugat ketenteraman awam dalam kejadian pada Selasa lalu.

UNL: Kylian Mbappe kembali galas peranan ketua pasukan Les Bleus
Kylian Mbappe kembali ke pangkuan skuad Perancis untuk perlawanan suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) menentang Croatia.
Polis tembak mati tiga penjenayah warga asing di Sepang
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang dikategorikan sebagai ganas dan bahaya menerusi Op Rantau di Desa Vista, Sepang, awal pagi tadi.
Mat Zani @ Mohd Salahuddin pangku jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman
Timbalan Pengarah Narkotik (risikan/operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali memangku jawatan Pengarah JSJN Bukit Aman berkuat kuasa hari ini.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.