KUALA LUMPUR: Pemerkasaan institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dilakukan dalam usaha mengekang amalan rasuah di Malaysia.
Justeru, Pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Profesor Shakila Yacob mencadangkan empat perkara dalam melaksanakan perkara itu.
Pertama, katanya, pembaharuan undang-undang bagi memastikan jawatan Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Parlimen selain pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwaraya.
"Ini kita lihat di United Kingdom (UK), mereka lakukan sedemikian dan ia lebih objektif yang mana tidak ada pertembungan antara Peguam Negara dan pendakwaraya kerana ada pengasingan.
"Bagi saya perkara ini amat perlu terutama sekali bagi menangani kes-kes berprofil tinggi, di mana ada kecenderungan untuk berlaku konflik kepentingan," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
BACA: 51 peratus responden setuju amalan rasuah di Malaysia satu budaya - Kajian UM
Shakila yang merupakan salah seorang panel yang terlibat dalam laporan "Voices From The Ground: The Corruption Complex In Malaysia" menambah, aspek kedua ialah sumber manusia atau modal insan yang berkhidmat di SPRM.
Jelas beliau, kakitangan SPRM perlu disemak semula dengan melantik individu yang berkelayakan, berpendidikan tinggi serta mempunyai nilai integriti yang kukuh.
"Mungkin juga dari segi kakitangan, pihak SPRM memerlukan lebih ramai dalam organisasi mereka bagi menangani isu rasuah.
"Perkara yang ketiga pula, harus ada bajet yang secukupnya. Kalau kita bertanya kepada pihak SPRM semasa kami melakukan kajian ini, memang mereka menyatakan bahawa bajet yang diterima tidak cukup.
"Ini kerana, isu rasuah adalah satu isu yang sangat besar dan meninggalkan impak kepada imej negara, keselamatan, serta pertumbuhan ekonomi. Jadi peruntukan bajet juga harus disemak semula," ujarnya.
Sementara itu, aspek keempat ialah melibatkan pindaan Perlembagaan dan undang-undang.
"Rata-rata rakyat Malaysia hanya melihat kepada SPRM sebagai satu-satunya badan untuk mencegah rasuah tetapi sebenarnya tidak.
"Sistem keadilan jenayah ini harus kita lihat secara lebih menyeluruh, baik dari segi penguatkuasaan, pendakwaan, dan kehakiman. Ketiga-tiga aspek ini kita tidak boleh pisahkan bagi memastikan agenda rasuah dapat ditangani dengan berkesan," tambah beliau lagi.
Ditanya mengenai keyakinan terhadap SPRM, Shakila mengakui, wujud krisis keyakinan terhadap badan pencegahan itu susulan kewujudan persepsi dalam kalangan masyarakat.
Justeru, beliau berpendapat, langkah-langkah holistik perlu dilakukan untuk mengembalikan semula keyakinan tersebut.
Katanya, semua pihak termasuk kerajaan dan masyarakat perlu bersatu dalam mencegah rasuah, selain pemberi maklumat berkaitan rasuah harus mendapat perlindungan sewajarnya.
"Kita ada undang-undang Akta 711, iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 tetapi akta ini tidak dikuat kuasa. Kita harus memelihara mereka yang mendedahkan isu-isu rasuah, dan kita juga harus ada akta yang jitu mengenai sumbangan politik.
"Ahli-ahli politik juga harus serius dalam mengiytihar harta mereka dan sekiranya semua ahli politik berbuat demikian, ini juga boleh mengembalikan keyakinan rakyat.
"Selain itu, peranan media seperti kewartawanan bersifat penyiasatan patut kita galakkan kerana ini menyemarakkan kebebasan dan bagus untuk didebatkan," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 10 2022
Profesor Shakila Yacob berkata, jawatan Ketua Pengarah SPRM wajar dilantik oleh Parlimen selain pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan pendakwaraya.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
PM Thailand arah langkah bantuan segera untuk wilayah selatan yang dilanda banjir
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas
Enggan bincang isu rasuah Adani Group, Parlimen ditangguhkan sekali lagi
Dakwaan ini muncul apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh kumpulan tersebut terlibat dalam sebuah skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Tujuh cedera, kereta api dan lori bertembung
Menurut kenyataan media oleh Polish State Railways (PKP), kemalangan itu menyebabkan kelewatan perjalanan dan ratusan penumpang terkandas.
Angka korban tanah runtuh di Timur Uganda meningkat kepada 20 orang - Polis
Angka korban akibat tanah runtuh yang melanda beberapa kampung di daerah Bulambuli, Timur Uganda pada rabu malam, meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Menurut jurucakap polis wilayah Elgon, Rogers Taitika, lebih 100 orang masih dilaporkan hilang setakat Jumaat.
Datuk Bandar KL terima Anugerah Malaysian Leadership
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fatuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dianugerahkan Anugerah Malaysian Leadership.
Tekanan masyarakat dunia mampu heret netanyahu ke ICC
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh menganggap, sikap masyarakat dunia yang
Astro AWANI unggul raih 5 anugerah media
Kemenangan berkenaan diraih menerusi kategori Media-Liputan Isu dan Krisis (media penyiaran) dan Astro Awani menerima kesemua anugerah emas, perak dan gangsa.
Dr Maza saman GISBH, tuntut ganti rugi RM10 juta
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memfailkan saman RM10 juta terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media pada Ogos lepas.
Rasuah: Tiada kompromi pihak yang merobek kekayaan rakyat - PM
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mengakui terhadap individu yang cuba menghalang siasatan dijalankan, dengan melemparkan tohmahan terhadap kerajaan pimpinannya ketika ini.
Amar jadi rakan strategik SPRM, sebar mesej antirasuah kepada mahasiswa
Pergerakan seumpama AMAR ini merupakan komponen penting dan mampu menarik sokongan daripada pertubuhan dalam dan luar negara.
SPRM tidak amal 'double standard' dalam siasatan, pendakwaan - Mas Ermieyati
Setiap pendakwaan dijalankan berdasarkan keterangan dan bukti yang mencukupi, kata Mas Ermieyati Samsudin.
Tangani rasuah: Empat cadangan perkasa SPRM
Profesor Shakila Yacob gariskan empat cadangan untuk memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
51 peratus responden setuju amalan rasuah di Malaysia satu budaya - Kajian UM
Dapatan tersebut didedahkan dalam kajian bertajuk "Voice From The Ground:The Corruption Complex In Malaysia" yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM).
Mana silapnya? Curi petai penjara 15 bulan, rasuah pula sehari - Akhbar Satar
Ketika ini, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum sehari dan maksimum 20 tahun.
Malaysia duduki tangga ke-4 indeks jenayah di rantau Asia, menurun berbanding 2019
Indeks jenayah di Malaysia menunjukkan penurunan kepada 58.55 peratus berbanding 60.66 peratus pada pertengahan tahun 2019.