KUALA LUMPUR: Tanda awal pendekatan penyasaran semula subsidi diesel baru-baru ini menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan ketirisan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum dan selepas penyasaran semula subsidi, setakat ini jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia berkurang lebih 30 peratus dan stesen di kawasan sempadan turun lebih ketara iaitu di antara 40 peratus dengan 50 peratus.
"Ini merupakan indikator jelas pengurangan penyeludupan. Penetapan harga runcit kepada paras harga pasaran tanpa subsidi mencapai hasil kerana langkah itu mengurangkan sebab untuk menyeludup.
"Ini (pengurangan penyeludupan) tidak tercapai jika kerajaan melaksanakan kenaikan harga runcit secara beransur-ansur dan kecil kerana tidak akan menangani jurang perbezaan harga," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai penyelarasan subsididiesel yang dilaksanakan dengan memberi bantuan BUDI MADANI kepada pemilik kenderaan diesel M40 dan B40.
Abdul Khalib turut bertanya sama ada pendekatan itu merupakan satu jalan terbaik bagi membanteras penyeludupan diesel rentas sempadan.
Amir Hamzah berkata bantuan bersasar disediakan antaranya kepada individu daripada kumpulan B40 dan M40 yang memiliki kenderaan diesel supaya tidak dibebani kenaikan harga runcit.
"Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun ditetapkan mengambil kira data penggunaan. Bantuan RM200 dianggarkan mencukupi untuk menampung kos tambahan bagi perjalananharian 75 kilometer merujuk kepada kenderaan diesel biasa seperti lori pikap.
"Tahap penggunaan ini mencukupi untuk lebih 80 peratus pengguna kenderaan diesel persendirian berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia(DOSM)," katanya.
Beliau berkata dengan itu, pendekatan penyasaran subsidi melalui penetapan harga pasaran dan bantuan bersasar mencapai objektif membanteras ketirisan dan pada masa yang sama melindungi rakyat daripada kenaikan kos.
Di samping bantuan bersasar, pelbagai operasi penguatkuasaan juga akan terus diperkasakan melalui Ops Kesan, Ops Catut, Ops Terjah, Ops Tiris, Ops Menu, Ops Pasar dan Ops Samar oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Semua operasi ini bertujuan membendung sebarang usaha untuk menjejaskan kestabilan bekalan barangan dan perkhidmatan serta mengekang elemen pencatutan harga di pasaran," katanya.
Beliau berkata kegiatan penyeludupan diesel negara jelas dilihat berdasarkan penggunaan diesel bersubsidi yang meningkat lebih 80 peratus daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter pada 2023, walaupun tiada peningkatan kenderaan diesel yang ketara.
Justeru, kerajaan mengambil langkah penyasaran semula subsidi iaitu menetapkan harga runcit diesel di stesen minyak pada harga RM3.35 seliter iaitu harga tanpa subsidi dan pada masa yang sama menyediakan bantuan khusus untuk golongan sasar termasuk bantuan BUDI MADANI bagi pemilik kenderaan diesel daripada kumpulan B40 dan M40, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Amir berkata jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum dan selepas penyasaran semula subsidi, setakat ini jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia berkurang lebih 30 peratus. - Gambar fail/Bernama
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Lubang benam: Pasukan penyelamat bina tanjakan selamatkan pemandu trak
Pasukan tersebut berdepan kesukaran kerana lubang benam itu yang kini sepanjang sebuah kolam renang Olimpik, terus melebar sejak 28 Januari.
#AWANIRingkas 2 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 2 Februari 2025
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa berkurangan ke 13,139 setakat 6 pagi Ahad
2️⃣ Aktiviti perdagangan dijangka meningkat
3️⃣ Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kerajaan negeri Selangor panggil pihak pengurusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Salah buktikan kualiti dengan gol berganda ke atas Bournemouth - Slot
Kemenangan itu menyaksikan Liverpool kini berkelebihan sembilan mata di tangga teratas EPL.
Mangsa banjir di Sarawak masih lepasi angka 12,000, di Sabah turut meningkat
Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan namun masih melepasi angka 12,000 orang pagi ini.
Somalia bantu AS pertahan negara daripada ISIS
Somalia menerusi pasukan keselamatan puntland dilaporkan menawan beberapa lokasi penting yang didakwa menjadi sarang operasi kumpulan pelampau ISIS di wilayah itu.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Langkah itu sejajar dengan Arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkenaan pelancaran serangan udara bagi menyasar perancang serangan kanan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia.
Cadangan penutupan jalan secara kekal di Banda Hilir masih di peringkat kajian
Cadangan penutupan jalan secara kekal di kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, masih di peringkat kajian.
Dua beranak parah ditikam, disamun pekerja sendiri
Lelaki berusia 50 tahun dan anak lelakinya berusia 23 tahun dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.
Herry perlu masa tingkatkan prestasi Khai Xing-Aaron
Herry IP menyifatkan pasangan muda negara itu memiliki kualiti permainan yang agak bagus ketika ini.
Penyasaran subsidi diesel: MOF teliti cadangan, rayuan petani Cameron Highlands
Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pengusaha dan pekebun sayur di Cameron Highlands susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Subsidi diesel: KPDN siasat pihak industri naik harga perkhidmatan - Armizan
Siasatan pertama akan melibatkan sektor yang tidak termasuk dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan.
Subsidi diesel: Guna data pendaftaran kenderaan milik B40, M40 antara cadangan MCW
MCW turut cadang menggunakan MyKad atau ID kebangsaan untuk memastikan pemilik yang layak sahaja dapat membeli diesel bersubsidi.