Penduduk di Subang Jaya gempar apabila dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh.

Enam kereta yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut turut tertimbus.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang semalam berhampiran Balai Polis Putra Heights.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan setakat ini kejadian hanya melibatkan kenderaan. Tidad kemalangan jiwa dilaporkan.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Subang.