Dua puluh keluarga di Gerbang Meru Indah, dekat sini, yang dihimpit kebimbangan ekoran masalah tanah runtuh, kini boleh menarik nafas lega apabila Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi jaminan akan menyelesaikannya dengan segera.
Kerja-kerja penambakan tebing yang runtuh telah dimulakan pagi Sabtu dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi sendiri turun padang untuk melihat kerja-kerja tersebut.
Beliau memberitahu, pihaknya telah mengambil tindakan segera untuk menambak kawasan yang runtuh dengan lebih 50 lori batu-batu bagi menstabilkan struktur tanah di kawasan itu.
Tambahnya , pihak MBI akan membuat kajian segera ke atas ketahanan kawasan tebing sungai berhampiran sebelum membuat penambakan semula untuk menstabilkan semula kawasan tersebut.
Beliau berkata, masalah tanah runtuh di bahagian hujung jalan yang sama yang sentiasa menghantui penduduk sejak enam bulan lalu, juga akan diselesaikan secepat mungkin.
“Kita telah pun merujuk kepada Ikram untuk buat kajian ke atas bahagian tanah di situ. Setelah kajian dibuat dan perakuannya diterima, kita minta dibuat reka bentuk untuk menguatkan kawasan tebing berkenaan dan kosnya telahpun dikenalpasti melibatkan lebih daripada RM1.3 juta dan perkara ini akan dilaksanakan segera,” kata Harun.
Baru-baru ini, Astro Awani melaporkan mengenai kebimbangan penduduk di laluan Meru Indah 5A taman perumahan itu ekoran masalah tanah runtuh yang telah berlarutan sejak Mei lalu.
Sehubungan itu, mereka mendesak pihak berkuasa, khususnya MBI, mengambil langkah segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Astro Awani
Sat Dec 06 2014
Kerja-kerja penambakan tebing yang runtuh telah dimulakan pagi Sabtu dan Datuk Bandar Ipoh sendiri turun padang untuk melihat kerja tersebut. -Gambar hiasan
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Tanah runtuh di Ipoh, bantuan segera lebih RM1.3 juta disalur
Kerja-kerja penambakan tebing yang runtuh telah dimulakan pagi Sabtu dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Harun Rawi sendiri turun padang untuk melihat kerja-kerja tersebut.