AMPANG: Satu lagi mayat ditemukan menjadikan angka korban insiden tanah runtuh Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini, meningkat kepada dua orang, setakat 11.55 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak memberitahu, mangsa terbaharu itu melibatkan penghuni rumah nombor satu dan dipercayai berusia dalam linkungan 40-an.
“Mayat mangsa ditemukan sekitar jam 10.58 malam dalam keadaan tertimbus di luar rumahnya. Kita percaya mangsa mungkin sedang cuba melarikan diri sebelum tertimbus di bawah runtuhan tanah itu,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
"Rumah mangsa juga telah runtuh sepenuhnya," kata Mohd Farouk.
Mohd Farouk berkata, dua lagi mangsa melibatkan seorang pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan penghuni masih lagi dikhuatiri tertimbus dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Mangsa korban pertama yang merupakan seorang wanita warga emas telah dibawa keluar dari timbunan tanah di lokasi insiden berkenaan tekah dibawa keluar sekitar jam 9.15 malam tadi.
Setakat ini, dua lagi mangsa dikhuariti masih tertimbus dan operasi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan di lokasi insiden.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis memberitahu, berdasarkan laporan awal tidak berlaku pergerakan tanah.
Katanya, pasukan penyelamat juga menggunakan Unit Anjing Pengesan bagi mengenal pasti kedudukan mangsa sebelum operasi dilakukan secara manual.
Dalam insiden pada petang Khamis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggotanya Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.
Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah dan 10 buah kenderaan terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini.
Sebanyak dua buah rumah dilaporkan tertimbus sepenuhnya, manakala baki yang lain separa terjejas.
Umavathi Ramayah
Thu Mar 10 2022
Dua lagi mangsa melibatkan seorang pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan penghuni masih lagi dikhuatiri tertimbus dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Tanah runtuh Bukit Permai: KPKT salur peruntukan RM1 juta untuk kerja pembersihan
Kelulusan tersebut diumumkan oleh menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas hadir melakukan tinjauan di tapak kejadian tersebut, hari ini.
Tanah runtuh Bukit Permai: Mayat kedua ditemukan
Satu lagi mayat ditemukan, menjadikan angka korban insiden tanah runtuh Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini, direkodkan kepada dua orang, setakat ini 11.55 malam Khamis.
Tanah runtuh Bukit Permai: Perdana Menteri kongsi kesedihan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi kesedihan berhubung kejadian tanah runtuh yang berlaku di Ampang, petang tadi.