Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat lepas sehingga semalam.
"Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.
Berikut senarai mangsa yang dirawat:
Bil | Nama | Jantina | Umur | Hospital | Status |
1. | Yam Lee Yen | Perempuan | 41 | Selayang | Dibenarkan pulang 17 Dis |
2. | Ng Wei Lun | Lelaki | 13 | Kuala Kubu Bharu | Dibenarkan pulang 16 Dis |
3. | Mg Tan | Lelaki | 34 | Kuala Kubu Bharu | Dibenarkan pulang 16 Dis |
4. | Sandy Cheah Hui Kein | Perempuan | 32 | Kuala Kubu Bharu | Dibenarkan pulang 16 Dis |
5. | Tan Ei Ein | Perempuan | 43 | Selayang | Dibenarkan pulang 19 Dis |
6. | Choo Wai Lun | Lelaki | 34 | Selayang | Dibenarkan pulang 17 Dis |
7. | Ling Zi Xuan | Lelaki | 19 | Kuala Lumpur | Dibenarkan pulang 19 Dis |
8. | Loh Teng Shui | Lelaki | 44 | Selayang | Dibenarkan pulang 18 Dis |
-- BERNAMA