HULU SELANGOR: "Saya korek tanah dalam sampai jumpa bayi tertimbus," itu jelas salah seorang mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Astro AWANI di Balai Polis Ulu Yam pada Jumaat.
Jelas lelaki berusia 30-an itu yang berasal dari Melaka, kejadian berlaku ketika dia bersama dua anaknya dan isteri sedang tidur di dalam khemah di lokasi tanah runtuh.
"Kita tak nampak, kita dalam khemah tengah tidur, sekali bunyi sangat kuat. Nasib saya punya khemah yang akhir sekali, ada sedikit terseliuh di kaki sebab lari.
"Ketika kejadian, kami dengar bunyi sahaja, semua mangsa yang selamat keluar angkat lampu suluh, semua cari mangsa yang tertimbus," katanya ketika menceritakan detik cemas itu.
Jelas lelaki itu lagi, dia dan rakannya dapat menyelamatkan seorang wanita dan bayinya yang turut tertimbus.
"Tengok berapa lama kita boleh, kita korek tanah, korek tanah sampai kita nampak kepala wanita, kita pun tak tahu dia siapa.
"Nampak wanita itu boleh bernafas, wanita itu kata jangan selamatkan saya, selamatkan bayi saya.
"Kita pun korek sebelah kawasan tu, kita korek selepas itu ternampak seorang bayi, saya dan kawan saya kemudian tarik keluar bayi itu. Nasib baik dapat selamat, ibu dia pun turut serta korek tanah," katanya lagi.
Tambah lelaki itu, dua anaknya dan isterinya berjaya melarikan diri ketika kejadian dan tiada kecederaan dialami mereka.
Sementara itu, pekerja kebun sayur warga Myanmar yang turut menjadi mangsa, Thawng Uk, 35, berkata dia tersedar dari tidur selepas asrama mereka dirempuh sebahagian runtuhan tanah.
"Tengah tidur, tanah runtuh terkena rumah kami, selepas itu kami lari. Bunyi sangat kuat, dalam rumah ada 13 orang semua pekerja.
"Saya pegang lampu suluh, kami lari di sebelah jalan raya," katanya ketika ditemui.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 13
Jelas Uk, kawasan perkhemahan terletak kira-kira 15 minit dari rumah mereka.
"Kita lari, tiada hujan ketika itu tapi bunyi sangat kuat. Di sini ada kebun, ada sungai, rumah kita di sebelah, kita lari di tepi jalan raya.
"Khemah-khemah itu 15 minit dari rumah kami, agak jauh," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Fri Dec 16 2022

Sebahagian mangsa tanah runtuh ketika ditemui di Balai Polis Ulu Yam. - Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.

Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.

Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.

Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.