HULU SELANGOR: Polis hari ini mengesahkan empat waris mangsa hadir ke lokasi pencarian tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali di sini, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, kesemua waris itu hadir bagi mendapatkan pengesahan dengan pihak polis berkenaan kehilangan seorang ahli keluarganya.

"Memang saya sahkan waris mangsa datang membuat pengesahan berkaitan mangsa hilang, semalam saya buat semakan ada dalam senarai kita itu," kata Suffian.

"Mangsa yang hilang ini merupakan ayah kepada pengadu, waris ini hendak menyemak pengesahan berkaitan dengan mangsa, kita dapati memang ada satu mangsa tersebut merupakan ayah kepada pengadu ini," ujarnya. 

LAPORAN KOMPREHENSIF TRAGEDI RUNTUHAN BATANG KALI DI SINI




Antara waris yang hadir  termasuk anak dan isteri kepada mangsa seorang lelaki berusia 60 tahun masih belum ditemui sehingga kini.

Sehingga jam 6.30 petang Isnin, sembilan mangsa masih belum ditemui di lokasi pencarian seluas 54,451 meter persegi itu.