BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Gohtong Jaya di sini ditangguhkan atas faktor cuaca hujan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata operasi SAR akan disambung semula pada 8 pagi esok.

"Operasi SAR 12 lagi mangsa tanah runtuh ditangguhkan sementara waktu ekoran hujan malam ini," katanya ringkas kepada Bernama.

[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat ke 21 orang, 12 dikhuatiri hilang

Setakat malam ini, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

-- BERNAMA