KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menzahirkan simpati dan takziah kepada semua mangsa dan ahli keluarga yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali.

Duta Besar AS ke Malaysia Brian David McFeeters turut berharap mangsa-mangsa yang masih hilang dapat ditemui segera.

"Kami juga berterima kasih kepada semua individu yang bekerja keras untuk membantu usaha pemulihan," jelas McFeeters menerusi satu kenyataan di Twitter Kedutaan AS.


LAPORAN KOMPREHENSIF TANAH RUNTUH BATANG KALI DI SINI

Pada Isnin, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali bukan hanya diteruskan di lokasi kejadian, malah melibatkan kawasan sungai berhampiran.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, tujuh anggota pasukan khas dikerahkan ke kawasan sungai berhampiran 'ground zero' untuk usaha mencari mangsa.

"Selepas hasil usaha kita sehingga empat hari, belum menunjukkan petanda sembilan orang ini, apa kita buat tadi kita dah gerakkan pasukan 'sweeper' mencari selain kawasan ground zero iaitu di kawasan sungai ground zero.