Kementerian Pertahanan akan memajakkan tanah-tanah miliknya yang terbiar bagi tujuan pembangunan pertanian untuk memastikan bekalan makanan yang berterusan.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau melihat masalah kekurangan bekalan makanan turut menjadi faktor yang memberi kesan kepada keselamatan serantau.
Kekurangan bekalan akan mendorong kepada kenaikan harga melampau yang seterusnya mampu meningkatkan risiko keruntuhan demokratik sesebuah negara atau wilayah apabila rakyat merusuh, protes dan wujud konflik masyarakat.
"Selain daripada ancaman pengganas, serangan siber, konflik perebutan wilayah dan bencana alam, faktor kekurangan makanan juga perlu diambil berat.
"Ia mungkin bukan penyebab utama, jarang sekali menjadi satu-satunya penyebab konflik, tetapi apabila digabung bersama faktor lain seperti dalam ruang lingkup politik atau ekonomi, ia boleh menjadi faktor menentukan tercetusnya sesuatu konflik," jelasnya dalam ucapan pada hari kedua sidang Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-30 di sini hari ini.
Hishamuddin mencadangkan antara tumbuhan yang boleh dibangunkan di tanah-tanah tersebut adalah padi, jagung atau kelapa sawit yang merupakan sumber makanan asas.
Bagaimanapun ia terpulang kepakaran badan terlibat dalam industri infrastruktur dan turut memaklumkan pihaknya juga bercadang berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani bagi tujuan itu.
Selain makanan, Hishamuddin turut menekankan aspek pertahanan siber di mana terdapat keperluan besar dalam memastikan kemapanan infrastruktur teknologi maklumat (IT) di samping infrastruktur fizikal.
Ia memerlukan kerjasama negara serantau dalam membangunkan infrastruktur pertahanan IT yang kukuh dan berupaya menghalang sebarang ancaman.
Berhubung isu perebutan wilayah di Laut China Selatan, Hishammuddin menegaskan bahawa perlunya kesepaduan semua supaya ia tidak memburuk dan membuka ruang kepada kemasukan kuasa luar.
Katanya, Malaysia yakin tatalaku (Code Of Conduct) adalah cara terbaik menguruskan pertikaian wilayah maritim itu dan menggesa negara-negara terlibat berpegang kepada Deklarasi Kelakuan yang selaras dengan prinsip dan undang-undang antarabangsa.
"Kita menyeru semua negara terlibat agar mengekalkan diplomasi dan menyelesaikan perbezaan secara aman menerusi pelbagai platform seperti ASEAN," katanya.
Israr Khalid
Tue May 31 2016
HISHAMMUDDIN: Ia dapat menjadi sokongan sekiranya faktor lain seperti bencana alam menggugat keselamatan makanan di negara ini. - Gambar fail
Pertanian: Menyingkap kisah pesawah muda pacu keterjaminan makanan
Isu keterjaminan makanan di Malaysia tidak boleh dipandang enteng, apatah lagi melibatkan makanan ruji seperti beras. Astro AWANI, mendekati pesawah-pesawah muda, menyingkap kisah bagaimana golongan belia mampu terlibat aktif dalam industri ini, yang sebelum ini dianggap sebagai sukar dan tidak berbaloi.
[TERKINI] Ahli GISB didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya
Wartawan Kanan Astro AWANI, Firdaus Azil kini di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk membawakan perkembangan terkini pendakwaan terhadap seorang ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISB).
Tupperware Bersedia Failkan Kebankrapan Akibat Hutang dan Permintaan Menurun
Tupperware, jenama ikonik bekas plastik, bersedia memfailkan kebankrapan selepas berdepan hutang mencecah $700 juta dan permintaan yang terus menurun, meskipun usaha penstrukturan semula dan pelantikan kepimpinan baharu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
UCL: Jaringan 'pengantin baru' Endrick warnai kemenangan Real Madrid
Stuttgart ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Mangsa banjir terus meningkat, jumlah terkini 2,194 di 11 PPS
Jumlah itu meningkat berbanding 2,039 orang daripada 341 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.
#AWANIRingkas 18 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 September 2024
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
1️⃣ 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
2️⃣ Dakwaan di bawah Seksyen 506
3️⃣ Pertingkat mutu pendidikan, latihan & tawar perkhidmatan perubatan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: 2,180 mangsa ditempatkan di 11 PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel dalang di sebalik letupan di seluruh Lubnan
Letupan yang menyebabkan lapan orang terbunuh dan 2,750 orang cedera merupakan hasil operasi bersama antara Mossad dan tentera Israel.
Awani Pagi: Apa yang anda perlu tahu mengenai mpox?
Awani Pagi 7.30 hari ini memberi tumpuan kepada isu penularan Cacar Monyet atau Monkey Pox, segala yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini, bersama Dr Tan Seok Hong / Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia
Tanah Kementerian Pertahanan akan dibangunkan untuk tujuan pertanian
Kementerian Pertahanan akan memajakkan tanah-tanah miliknya bagi tujuan pembangunan pertanian bagi memastikan bekalan makanan yang berterusan.