AMPANG: Seorang wanita ditampar di pipi oleh suaminya hanya kerana lewat memasak rendang ayam dalam kejadian di Jalan Pinang, Kampung Melayu, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.30 pagi di rumah pasangan suami isteri yang berusia 66 dan 67 tahun itu, lapor Sinar Harian.
"Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara mangsa dan suspek berpunca daripada mangsa yang lambat memasak rendang ayam.
"Semasa pertengkaran, mangsa telah ditampar di pipi dan pertengkaran berlaku hingga ke dalam bilik tidur," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, suspek seorang pesara berusia 67 tahun itu kemudiannya bertindak duduk di atas badan mangsa sebelum meludah muka mangsa.
"Suspek kemudiannya mahu mencekik mangsa tetapi mangsa telah melawan dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan kedua-dua jatuh daripada katil.
"Akibat dari kejadian tersebut mangsa sakit pada badan dan terdapat lebam pada dagu sebelah kanan tetapi mangsa tidak pasti punca lebam tersebut," katanya.
Menurutnya, suspek menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis yang memerlukan suntikan insulin empat kali sehari.
"Mangsa tinggal bersama suspek dan juga ibu suspek yang lumpuh berusia 86 tahun di rumah yang sama.
"Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya.
Astro Awani
Sun Mar 28 2021
Seorang wanita ditampar di pipi oleh suaminya hanya kerana lewat memasak rendang ayam dalam kejadian di Jalan Pinang, Kampung Melayu, di sini, pada Ahad. -Gambar hiasan
Dialog Anak Muda: Sediakan modal insan kalis masa depan, bukan perkenal subjek baharu – Ketua Putera MIC
Ketua Putera MIC Kebangsaan dan mantan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Shatesh Kumar Sangar berkata pembangunan modal insan yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran masa depan adalah lebih mustahak daripada memperkenalkan subjek baharu dalam sistem pendidikan. Jelasnya, belia perlu mempunyai kelebihan beradaptasi dengan pantas mengikut trend industri semasa. #DialogAnakMuda
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Dialog Anak Muda: Kalau tak ikut ‘trend’, Hilang kerja
Kepakaran Ai, keselamatan siber dan literasi teknologi antara kemahiran yang dijangka berkembang menjelang 2030.
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Samsung lancar siri Galaxy S25, tetapkan piawaian baharu teknologi AI
Siri S25 terbaharu ini memperkenalkan teknologi True AI Companion, menawarkan pengalaman mudah alih paling intuitif dan peka terhadap keperluan pengguna.
AWANI Sabah+: Sabah peneraju CCUS
Sabah antara empat negeri yang dikenalpasti berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) yang bakal memberi manfaat ekonomi buat negeri itu.
Tirai dilabuh, kini terpulang kepada pemimpin dunia
Najib Arof membawakan perkembangan semasa pada hari terakhir Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland dengan pelbagai isu dunia telah dibincangkan, kini terpulang kepada pemimpin dunia untuk laksana dasar.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Tampar, ludah muka isteri kerana lambat masak rendang ayam
Suspek seorang pesara berusia 67 tahun itu kemudiannya bertindak duduk di atas badan mangsa sebelum meludah muka mangsa.