KOTA KINABALU: Sabah julung kali akan akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sambutan Hari Sabah akan diadakan di Tambunan pada jam 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan yang dijadualkan di Kota Kinabalu pada sebelah pagi.
Menurutnya, Kabinet Negeri membuat keputusan itu pada mesyuaratnya minggu lalu dan telah memilih Tambunan sebagai tuan rumah untuk sambutan julung kali ini.
"Kabinet juga telah memutuskan bahawa sambutan untuk menandakan peristiwa bersejarah penting Sabah akan disambut setiap tahun dengan tempatnya akan digilirkan dalam kalangan daerah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
"Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita untuk bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,"katanya.
Menurut kenyataan itu, Sabah kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept 1963.
Daerah Tambunan terletak di bahagian pedalaman Sabah, kira-kira 75 kilometer (km) ke tenggara Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

Hajiji berkata sambutan Hari Sabah akan diadakan di Tambunan pada jam 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan yang dijadualkan di Kota Kinabalu pada sebelah pagi. - Gambar fail/Astro AWANI
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini - Hajiji
Sabah julung kali akan akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi negara merdeka 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.