BUTTERWORTH: Pengguna menyifatkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tinjauan Bernama di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di sini mendapati kebanyakan pengguna menerima baik kadar tambang yang bermula RM1 hingga RM2.50 sehala itu.
Seorang pengguna feri, Ahmad Noor Omar, 55, berkata harga tambang feri baharu yang dikenakan itu tidak membebankan kerana keadaannya kini lebih selesa dan baik berbanding feri lama.
"Pada saya harga tambang yang dikenakan berpatutan, malah sekarang feri baharu ini juga selesa dan ada penyaman udara semua ... tempat duduk pun baik, malah perjalanan ambil masa 10 minit sahaja bagi setiap hala.
"Kalau feri lama dulu, hampir 30 minit juga bagi setiap perjalanan dan kalau kita tengok bukan sahaja keadaan di dalam feri selesa tapi tempat menunggu juga selesa ... (kekerapan) feri baharu ini pun cepat kami tak perlu menunggu lama untuk setiap feri," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagi Dini Rahman, 27, yang tinggal di Tasek Gelugor berkata beliau sekeluarga mengambil peluang untuk menaiki feri dengan suami dan anak perempuan mereka bagi merasai suasana serta pengalaman menaiki feri baharu itu.
"Dulu memang selalu naik feri lama kerana berulang-alik kerja dan hari ini memang nak naik feri baharu, tambang pada saya harganya murah serta berpatutan," katanya.
Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Lim, 40, berkata beliau memilih menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang-alik dari pulau ke seberang dan sebaliknya, walaupun perlu membayar RM2.50 sehala kerana lebih selamat.
"Hari ini baru mula bayar, pada saya harga okay kerana perkhidmatan (feri) baharu dan yang penting naik feri ini boleh relaks sikit sebab kita duduk sahaja tahu-tahu sudah sampai ... kalau guna jambatan walaupun percuma tapi (ada risiko) bahayalah," katanya yang bekerja di sebuah syarikat swasta.
Semalam, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan berkenaan dalam kenyataan memaklumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa hari ini bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 bagi sehala.
Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula tambang sebanyak RM2 akan dikenakan terhadap mereka.
Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal pula perlu membayar tambang sebanyak RM2.50.
PPSB turut menyediakan pas bulanan yang menawarkan diskaun kepada pengguna setia feri iaitu pejalan kaki yang memegang MyKad sebanyak 50 peratus hingga 31 Dis nanti dan selepas itu, diskaun 30 peratus bermula dari 1 Jan 2024.
Inisiatif ini bertujuan memberi lebih nilai tambah dan kemudahan kepada penumpang setia feri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selaku syarikat pengendali perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang mengenakan bayaran kepada penumpang berkuat kuasa hari ini pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 bagi sehala. -Foto BERNAMA
Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.
Kelewatan pengambilalihan tanah jejas projek Persekutuan di Kelantan - KSN
Beliau berkata kerajaan negeri secara prinsipnya perlu memastikan tanah untuk tapak pembinaan telah diselesaikan apabila sesuatu projek diluluskan.
ASEAN25: Malaysia perlu cadang langkah tambahan manfaatkan ZOPFAN bantu ekonomi rakyat – Bekas Duta Besar
Bekas Duta Besar Malaysia dan Profesor Adjung Universiti Malaya, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata Malaysia perlu memanfaatkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi berasaskan rakyat di Malaysia dan negara-negara anggota. Jelasnya, beberapa cadangan langkah tambahan boleh diutarakan sepanjang Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 ini. #AgendaAWANI #ASEAN25
ASEAN25: Gembleng kekuatan negara anggota pacu ekonomi di setiap peringkat rantaian bekalan – Bekas Duta Besar
Bekas Duta Besar Malaysia dan Profesor Adjung Universiti Malaya, Datuk Dr. Ilango Karuppannan berkata ASEAN perlu memanfaatkan kedudukan strategik setiap negara anggota dalam rantaian bekalan dunia untuk memacu pertumbuhan ekonomi lebih rancak. Jelasnya, ASEAN berada di posisi yang memberi kelebihan unik kerana terlibat secara langsung di setiap peringkat rantaian bekalan global. #AgendaAWANI #ASEAN25
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Profesor Ekonomi Universiti Malaya (UM), Prof. Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah berkata rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus. Jelasnya, subsidi bersasar ini akan memastikan ketirisan peruntukan kerajaan dapat dikurangkan secara signifikan. #AgendaAWANI
Insentif bantu marhaen tidak jejas pertumbuhan ekonomi negara – Profesor Ulung
Profesor Ekonomi Universiti Malaya (UM), Prof. Ulung Datuk Dr. Rajah Rasiah berkata insentif-insentif kerajaan yang diberikan untuk membantu golongan berpendapatan rendah tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Bahkan, Tabung Kewangan Dunia (IMF) menaiktaraf unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada lima peratus pada tahun 2024. #AgendaAWANI
AWANI Borneo [01/01/2025] - TYT Sabah ke-11 | Tragedi cari durian | Tiada lagi kompromi
AWANI Borneo Rabu 1 Januari 2025 bersama Pia Ernadya
Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas
Tiada lagi kompromi! KKM perlu bertegas isu doktor enggan bertugas di Sarawak
Tun Musa Aman lafaz sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11.
Warga emas jatuh sungai cari durian ditemukan lemas
Tiada lagi kompromi! KKM perlu bertegas isu doktor enggan bertugas di Sarawak
Kerjasama MOTAC, STB promosi produk pelancongan Sarawak
MOTAC akan berkerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bagi mempromosikan produk pelancongan wilayah itu kepada pelancong asing.
KKM perlu bertegas isu doktor enggan bertugas di Sarawak
Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, seharusnya tidak ada lagi tolak ansur memandangkan sarawak memerlukan lebih banyak doktor bagi memenuhi keperluan di kawasan pedalaman dan luar bandar.
Ibu tunggal 11 orang cucu terima rumah baharu
Bibianah Garusatu yang sebelum ini kehilangan rumah dalam kebakaran menerima hadiah tahun baharu daripada kerajaan negeri Sabah apabila diberikan rumah baharu menerusi Bantuan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).
Tambang feri baharu Pulau Pinang berpatutan - Pengguna
Pengguna menyifatkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang bermula hari ini berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.