KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menghentikan kadar tambang rata RM1 bagi bas henti-henti di semua bandar di negeri ini, kata Menteri Pengangkutannya Datuk Seri Lee Kim Shin hari ini.
Katanya kerajaan negeri mahu menggalakkan penduduk kawasan bandar dan pengunjung ke negeri ini menggunakan perkhidmatan bas tersebut bagi mengurangkan kesesakan jalan raya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita adakah kerajaan negeri bercadang untuk menamatkan kadar tambang rata itu yang diperkenalkan pada 18 Mei 2020, iaitu ketika pandemik COVID-19 sedang memuncak, susulan keadaan yang kini beransur pulih.
Terdahulu, beliau menyerahkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 (BKSS 8.0) sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 66 pengusaha bot yang beroperasi membawa pelancong di sekitar kawasan Bako dan Terminal Penumpang Bako.
Menurutnya, bantuan itu bertujuan meringankan beban pengusaha bot iaitu perkhidmatan mereka merupakan satu komponen tarikan untuk pelancong yang ingin mengunjungi Taman Negara Bako.
"Penggunaan bot juga lebih senang bagi membawa pelancong melihat pelbagai spesies haiwan liar seperti buaya dan binatang lain di kawasan ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Kerajaan negeri mahu menggalakkan penduduk kawasan bandar dan pengunjung ke negeri ini menggunakan perkhidmatan bas tersebut bagi mengurangkan kesesakan jalan raya. - Gambar fail/BERNAMA
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Tambang bas RM1 Sarawak diteruskan
Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menghentikan kadar tambang rata RM1 bagi bas henti-henti di semua bandar di negeri ini.