Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu, kata pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad, hari ini.
Katanya kekerapan perkhidmatan komuter itu dicadangkan untuk ditingkatkan kepada 7.5 minit setiap satu berbanding dengan di antara 15 dan 30 minit sekarang dan pelaksanaan rancangan ini akan melibatkan peningkatan kos.
"Selain itu kos-kos seperti gaji, elektrik, senggaraan dan lain-lain lagi meningkat setiap tahun dan harga tiket pula tidak pernah naik sejak beberapa tahun sudah," katanya ketika diminta mengulas satu laporan atas talian sebuah akhbar hari ini berhubung kenaikan tambang perkhidmatan itu.
Laporan berkenaan turut menyebut kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Dis ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer.
Bagaimanapun, Nawawi yang juga Anggota Parlimen Langkawi, enggan mengesahkan kadar baharu yang disebut akhbar berkenaan dan berkata perkara itu akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) esok.
Bernama
Sun Nov 01 2015
Menurut laporan, kadar baharu tambang perkhidmatan itu dijangkakan sebanyak 15 sen sekilometer berkuatkuasa 2 Dis ini berbanding kadar sekarang 11 sen sekilometer. - Gambar Hiasan
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
KTMB guna kamera pantau landasan keretapi
KTMB beralih kepada penggunaan teknologi moden dalam mempertingkatkan perkhidmatannya apabila terkini menggunakan kamera khas untuk memantau penyelenggaraan landasan keretapi.
Tren ETS laluan Ipoh-Kampar beroperasi seperti biasa mulai 5 pagi Ahad
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata kerja-kerja pengalihan gerabak yang tergelincir dan terkeluar daripada landasan pada Jumaat sudah pun siap sebanyak 70%.
Tambang baharu komuter perlu untuk tampung kenaikan kos - Pengerusi KTMB
Kenaikan kadar tambang perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu (KTMB) yang dijangka akan diumumkan esok tidak dapat dielakkan memandangkan KTM perlu meningkatkan kekerapan perkhidmatan itu.