KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 60 ekor kuda bagi membantu memperkasakan kawalan di kawasan sempadan apabila pintu masuk negara dibuka bermula 1 April ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata kesemua kuda dari Argentina itu akan dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini, PDRM mempunyai sebanyak 40 ekor kuda sedia ada (di bawah Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan - FRU) bagi penugasan di seluruh negara dan tambahan kuda ini juga akan ditempatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar di Perlis apabila pembukaan sempadan bulan depan.
"Kuda ini akan dilatih untuk pelbagai tugasan seperti melakukan rondaan pencegahan jenayah dan rutin rondaan secara harian menerusi jalan darat untuk membantu pihaknya mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara," katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Reunion Bersama Pesara Pasukan Polis Hutan di Batalion 8, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hazani berkata dari segi keberkesanan unit berkuda berkenaan, beliau berkata penugasan menerusi unit itu menjadi elemen 'Show Off Force' bagi menambah keyakinan masyarakat dengan menunjukkan kehadiran anggota keselamatan.
"Dari semasa ke semasa kita akan membuat penambahbaikan untuk memperkasakan lagi kawalan sempadan negara termasuk penggunaan unit berkuda ini selain menggunakan kaedah sedia ada seperti penggunaan dron, Unit Anjing Pengesan (K9) dan kerjasama daripada jabatan keselamatan lain," katanya.
Ketika ditanya sama ada akan berlaku penambahan anggota apabila negara memasuki fasa peralihan ke endemik, Hazani berkata setakat ini tiada penambahan anggota kerana sudah mencukupi selain turut dibantu pasukan keselamatan lain termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi rondaan di laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
Setakat ini, PDRM mempunyai sebanyak 40 ekor kuda sedia ada (di bawah Unit Berkuda FRU) bagi penugasan di seluruh negara. - Bernama
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
ATM terima sumbangan aset, pertingkat kawalan sempadan Sarawak
Sumbangan itu sebagai tanda menghargai pengorbanan pasukan keselamatan itu dalam menjaga kedaulatan sempadan negeri.
Penjenayah rentas sempadan boleh bertindak luar batasan, ATM nasihat anggota berhati-hati
ATM giat mempertingkat dan memperkukuh kawalan persempadanan khususnya di lorong-lorong tikus.
PKPP: Ini lima fokus anda perlu tahu dalam kenyataan media Ismail Sabri
Ini lima perkara yang anda perlu tahu dalam kenyataan media harian Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa.