Kementerian Pendidikan diharap membuat penambahbaikan terhadap mekanisme penyediaan soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di masa depan, termasuk memberi penekanan kepada aspek integriti bagi mengelak kebocoran.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata kementerian juga perlu mencari pendekatan lebih berkesan ke arah memperketat prosedur dan kawalan dalam penyediaan soalan sehingga ke dewan peperiksaan.
Beliau mengulas insiden kebocoran kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 dan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi UPSR 2014 yang memaksa ia diadakan pada tarikh baharu iaitu 30 Sept.
"Sebarang hasil siasatan yang diperoleh nanti boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam soal pengendalian kertas peperiksaan," katanya kepada Bernama.
Alimuddin menarik perhatian bahawa proses penyediaan kertas peperiksaan membabitkan pelbagai peringkat, dan siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi engenal pasti punca sebenar kebocoran.
Beliau berkata proses itu, secara amnya, bermula dengan penyediaan soalan seterusnya percetakan diikuti membungkus kertas soalan yang kemudian disimpan di bilik kebal sebelum dikeluarkan untuk dihantar ke pusat peperiksaan.
"Proses ini sudah pastinya membabitkan banyak pihak yang menuntut siasatan rapi dilakukan di setiap bahagian. Oleh itu, tidak adil untuk orang ramai membuat tuduhan melulu (siapa yang bertanggungjawab) selagi tiada bukti sahih," katanya.
Sementara itu, Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab membocorkan kandungan kertas soalan berkenaan.
"Jika tidak, kepercayaan masyarakat terhadap pengendalian peperiksaan umum akan terjejas," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Mohammad Fazril Mohd Saleh berkata membocorkan soalan peperiksaan awam adalah suatu tindakan khianat terhadap prinsip pendidikan.
"PKPIM mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab ini," katanya sambil menggesa pihak berwajib menyiasat insiden itu secara serius demi maruah dan masa depan pendidikan negara.
Bernama
Fri Sep 12 2014
Kementerian perlu mencari pendekatan lebih berkesan ke arah memperketat prosedur dan kawalan dalam penyediaan soalan sehingga ke dewan peperiksaan. - Gambar Fail
Hajiji gesa warga pendidik Sabah budayakan pengajaran berasaskan ICT
Hajiji berkata kerajaan Sabah akan sentiasa menyokong usaha JPN untuk menjayakan hasrat sembilan fokus landskap pendidikan negeri.
MBPP akan bina segera gerai penjaja Kompleks Huma House
MBPP juga akan menyediakan tapak sementara di kawasan berhampiran, bagi membolehkan peniaga yang terlibat mencari rezeki.
SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.
Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Laluan itu melibatkan Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.
RM79.7 juta laksanakan Program Pengedaran Barang Perlu, Community Drumming di Sabah
Program berkenaan telah dilaksanakan di 71 zon yang melibatkan 219 kawasan pengedaran serta 654 point of sale atau tempat jualan.
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.
Polis minta bantuan kesan lelaki hilang sejak 25 Julai
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak
Lima pelajar merusuh, pukul junior ditahan
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata, tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di Ipoh pada 24 Julai lepas.
Populasi Harimau Malaya hanya tinggal 5 peratus berbanding 70 tahun dulu
Sekitar tahun 1950-an, pupulasi Harimau Malaya di Malaysia mencecah lebih 3,000 ekor, namun selepas 70 tahun, populasi haiwan terancam itu hanya tinggal 5 peratus daripada angka itu.
Video persoal status Sabah tidak berasas, cubaan mengelirukan
Malaysia sama sekali tidak akan mengiktiraf tuntutan pihak asing bahawa Sabah bukan sebahagian daripada negara ini, dan akan terus mempertahankan kedaulatan wilayah itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, pihaknya menyedari penularan sebuah video, yang mengandungi kandungan tidak berasas dan mempersoalkan tentang status Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Tambah baik proses sedia kertas soalan elak kebocoran
Kementerian Pendidikan diharap membuat penambahbaikan terhadap mekanisme penyediaan soalan peperiksaan di masa depan, termasuk memberi penekanan kepada aspek integriti.