MELAKA: Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka berjaya membiakkan ular anakonda kuning atau nama saintifiknya Eunectus Notaeus selepas mencuba lebih 13 tahun untuk mengembangkan spesies itu.
Pengurus Santuari Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka Qurratu A'in Rohaminordin berkata kejayaan itu ditempa pusat konservasi berkenaan pada 5 Jun lepas apabila 14 ekor anak ular spesies berkenaan berjaya ditetaskan.
Beliau berkata ular anakonda jenis ini sangat sukar untuk membiak sekalipun di habitat asal memandangkan seekor ular betina memerlukan dua hingga 12 ekor ular jantan untuk membuntingkannya.
"Seekor anakonda betina dan beberapa ekor anakonda jantan akan menghasilkan 'breeding ball' dan akhirnya, hanya seekor anakonda kuning jantan yang paling kuat akan berjaya mengawan bersama si betina.
"Kami berdepan cabaran tersendiri apabila pusat konservasi ini hanya mempunyai seekor ular betina dan seekor ular jantan selain terpaksa mengawal suhu optimum antara 33 hingga 42 darjah Celsius ketika ia sedang bunting," katanya ketika dihubungi Bernama.
Qurratu A'in berkata kedua-dua anakonda kuning itu dilihat mengawan buat kali pertama pada 25 Mac 2022 di sebalik tempoh kebiasaan antara September hingga Disember setiap tahun, manakala kelahiran pula antara April dan Mei tahun berikutnya.
Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, banyak percubaan persenyawaan direkodkan namun masih gagal dan percubaan seterusnya pada November tahun sama dan tiada kejayaan dicatatkan.
Bagaimanapun pusat konservasi itu melihat perubahan terhadap ular anakonda kuning betina itu pada awal Januari lepas apabila ia mula menolak untuk menangkap dan makan makanan yang diberikan sekali gus menunjukkan tanda-tanda sedang bunting.
Katanya, ular anakonda kuning betina itu juga dilihat sering berjemur di bawah lampu yang disediakan, justeru pihaknya mengekalkan suhu yang sedikit panas agar ia sesuai dengan keadaan semasa reptilia berkenaan.
"Ahli zoologi yang memantau perkembangan ular betina terbabit melaporkan saiznya meningkat dengan jelas dan kami mengambil keputusan untuk menutup sekeliling kurungan daripada dilihat oleh pelawat bagi memastikan anakonda betina tidak merasa terancam serta mengeluarkan anakonda jantan daripada kurungan bagi mengelakkan anakonda betina mengalami gangguan.
"Reptilia jenis ovoviviparous ini akan menghasilkan telur dan menyimpannya di dalam badan sehinggalah ke saat penetasan yang berlaku di dalam badan ular berkenaan dan keluar seakan-akan dilahirkan oleh induknya.
"Anak-anak ular tersebut ditemukan bersama sebutir telur yang tidak berjaya disenyawakan di dalam kurungan menempatkan induknya selain terdapat kesan darah akibat proses bersalin itu," katanya.
Beliau berkata anak ular anakonda kuning itu seberat 170 gram dan sepanjang 0.6 meter ketika dilahirkan dan memiliki sifat semula jadi yang agresif dan tidak teragak-agak untuk menggigit apabila merasa terancam serta mampu berenang dengan sempurna.
"Kesemua anak anakonda kuning ini akan dipamerkan pada masa akan datang apabila tiba masa yang sesuai dan keadaan mereka telah stabil di bawah jagaan ahli zoologi pusat konservasi ini.
"Walaupun ular anakonda kuning ini bukan spesies ular tempatan, ia membuktikan ahli zoologi Malaysia juga bertaraf dunia setanding dengan ahli zoologi luar negara dalam menjalankan usaha pembiakan dan konservasi reptilia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023
Ketua Bahagian Ular dan Buaya Athira Faiqah Md Wahi menunjukkan seekor daripada 14 ekor anak ular Anakonda Kuning yang ditetaskan di Taman Rama-rama dan Reptilia Melaka, baru-baru ini. - Foto Bernama
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka berjaya biak 14 anak ular anakonda kuning
Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka berjaya membiakkan ular anakonda kuning atau nama saintifiknya Eunectus Notaeus.