BUTTERWORTH: Digelar burung tercantik di dunia, orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Jan lepas.
Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang D. Paranthaman berkata projek tersebut bertujuan mewujudkan lokasi rekreasi percuma buat para pengunjung selain memberi pendedahan mengenai perbezaan burung merak.
"Dengan keluasan sekitar 0.3 hektar, Taman Eko Burung Merak mempamerkan burung merak albino, burung merak India, burung merak campuran Jawa dan Belgium, serta burung merak Pied dan Black Shoulder dari Sepanyol di dalam sebuah sangkar berkeluasan 25 x 75 kaki persegi.
"Selain itu, orang ramai juga boleh beriadah di tepi sungai dan kolam bunga teratai yang dibina bersama sangkar ini.
"Semuanya percuma...kita tidak akan mengenakan apa-apa bayaran supaya semua lapisan masyarakat boleh ke sini sambil beriadah dan menambahkan ilmu pengetahuan," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata taman eko tersebut dibina di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pihaknya turut menerima bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membina taman tersebut yang mencecah perbelanjaan sebanyak RM350,000.
Paranthaman tidak menolak hakikat bahawa beliau telah lama mengimpikan untuk membuka sebuah taman merak, malah beliau sendiri memiliki sebanyak 200 ekor burung merak yang dirawat di dalam makmal di kediamannya bagi menjaga kesihatan haiwan spesies unggas itu.
Terdahulu pada 2011, Paranthaman telah menerima 10 ekor burung merak yang dihadiahkan oleh bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pertolongannya dalam menguruskan bencana tsunami di Aceh.
"Setelah tsunami membadai tanah Aceh pada 2004, saya dan pekerja telah menguruskan lebih 188,000 mayat mangsa tsunami di sana. Saya berada di sana selama lebih empat bulan untuk kerja-kerja tersebut...bakti saya telah sampai ke pengetahuan bekas Presiden (Indonesia), jadi pada 2010, beliau hadiahkan burung merak kepada saya.
"Setelah itu, minat saya terhadap burung merak semakin mekar. Malah, pada 2013 saya sempat mengambil kursus tentang cara-cara pengendalian dan penjagaan burung merak di Bangalore Bird Sanctuary di India selama 10 bulan," katanya yang pernah bekerja di Kalimantan, Indonesia selama 11 tahun dalam sektor kelapa sawit.
Tambahnya, beliau kini sering dipanggil oleh pihak swasta dan pusat peranginan sebagai konsultan penjagaan burung merak di seluruh Malaysia.
Dengan pendapatan tersebut, ia dapat menampung kos bulanan penjagaan 200 ekor burung merak itu yang kini mencecah sekitar RM2,800.
Paranthaman juga memasang impian untuk menambah spesies burung merak di taman eko tersebut supaya generasi muda dapat melihat sendiri kepelbagaian burung merak yang wujud di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai spesies burung merak di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Jan lepas. -Gambar hiasan/Unsplash
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Taman eko burung merak kini dibuka kepada orang ramai
Projek tersebut bertujuan mewujudkan lokasi rekreasi percuma buat para pengunjung selain memberi pendedahan mengenai perbezaan burung merak.