KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip sebagai pemimpin yang berintegriti tinggi dan sentiasa memerangi rasuah.
Beliau berkata berikutan prestasi cemerlang itu, Talib diberi tanggungjawab sebagai menteri pertama yang mengetuai Kementerian di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak pada 2017.
"Ya, beliau diingati kerana memerangi rasuah di Sarawak dan kerana integritinya yang tinggi, saya memberi tugas kepada beliau untuk mengetuai sistem ombudsman di Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini malam tadi.
Abang Johari berkata selepas mempertahan kerusi Jepak pada Pilihan Raya Negeri lepas, Allahyarham banyak menyumbang idea kepada pembangunan di Jepak Jaya yang terletak di bahagian Bintulu menerusi Lembaga Kemajuan Bintulu.
"Beliau menjadi penasihat untuk kerajaan negeri bagi melihat pembangunan di kawasan berkenaan...saya mewakili pihak kerajaan dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengucapkan takziah atas pemergian beliau," katanya.
Jenazah Talib, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada 10.30 malam.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Pusat Perubatan Normah pada 7.55 malam untuk dimandi serta disolatkan di Kompleks Pusara Islam Samariang.
Turut hadir Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Menurut Setiausaha Sulit Allahyarham, Ayu Sulaiman, Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah pada 5.50 petang semalam akibat beberapa komplikasi seperti buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis.
Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah, dan empat anak serta empat cucu.
Talib merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.
Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak serta Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Abang Johari (kanan) melawat jenazah Allahyarham Talib di Kompleks Pusara Islam Samariang, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.