Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof memaklumkan para perwakilan bahawa tidak semua strategi boleh didedahkan ketika berlangsungnya muktamar.

Menurutnya, ini kerana dalam persidangan sebegini banyak pihak yang memerhatikannya termasuk pihak media, pihak cawangan khas polis dan juga pihak ‘musuh’.

Selain itu, Siti Zailah juga memohon para perwakilan agar dapat memahami strategi dakwah dan politik parti yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Para perwakilan muslimat harus faham ada sesetengah strategi yang boleh didedahkan dan ada yang tidak boleh didedahkan,” katanya ketika Muktamar Dewan Muslimat PAS yang ke-53, pada Khamis.

Jelas beliau, ada perkara yang boleh dijelaskan dan ada yang tidak boleh dijelaskan dan itu merupakan strategi dakwah dan politik parti.

Siti Zailah memberi respon ketika perwakilan dari Muslimat PAS Pahang, Wan Hamidah berhubung penglibatan Nisa di dalam Dewan Muslimat yang dilihatnya seolah-olah tidak berani untuk bergerak di atas nama parti.

Siti Zailah bagaimanapun memberitahu bahawa penglibatan Nisa yang tekah berdaftar atas nama NGO itu adalah strategi PAS bagi memperluaskan pengaruhnya.