ALOR GAJAH: Seorang pelajar sekolah menengah di sini tidak sempat meraikan hari jadi bapanya selepas maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Pegoh Dalam, pada malam Khamis.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu mengakibatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Talib Karim, Muhammad Azrief Karim, 16, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Kampung Pegoh Dalam menghala ke Pegoh.
"Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Perodua Kelisa yang dipandu seorang warga emas berusia 61 tahun dari arah bertentangan secara tiba-tiba membelok ke kanan memasuki simpang lorong ke rumahnya.
"Mangsa gagal mengelak lalu merempuh bahagian sisi pintu penumpang hadapan kereta terbabit.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Ujar beliau, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk mengundang rakan-rakan makan di rumahnya sempena meraikan hari jadi bapanya.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ1987,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 10 2023
Motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Muhammad Azrief (gambar kecil) terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawanya. (Gambar kecil : Muhammad Azrief)
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Tak sempat rai hari jadi bapa, pelajar maut kemalangan
Naha yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu mengakibatkan Muhammad Azrief Karim, 16, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.
Pelajar tingkatan 5 maut dalam nahas dua motosikal di Yan
Dalam kejadian jam 11 malam itu pelajar yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 datang dari arah Guar Chempedak menghala Alor Setar.