AMPANG: "Sejak beberapa hari lalu, Ammar berubah menjadi pendiam berbanding sebelum ini, dia seorang yang ceria dan banyak bercakap. Saya tidak menyangka itu petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya."
Demikian kata Noraliza Yusoff, 34, ibu kepada Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun yang ditemui lemas selepas terjatuh di dalam longkang di Ukay Perdana, di sini, pada Sabtu.
Noraliza berkata, antara perubahan lain ialah anak sulung daripada lima beradik tersebut turut meminta suri rumah itu memandikannya bersama adik-beradiknya yang lain.
"Kebiasaannya Ammar akan mandi bersendirian," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai kejadian tersebut, Noraliza berkata, beliau dimaklumkan mengenai keadaan Ammar selepas kawan anaknya itu datang ke rumah memaklumkan mengenai mangsa telah hanyut.
Jelasnya, Ammar merupakan seorang anak yang manja, ringan tulang dan bertanggungjawab dengan adik-beradiknya.
"Ammar pernah berpesan dengan saya supaya jangan tinggalkan dia kerana anak lelaki saya itu tidak mahu tinggal di rumah anak yatim.
"Saya meminta Ammar mendoakan saya panjang umur, namun tidak disangka dia pergi dulu," katanya.
Sementara itu, ayahnya, Wan Mohd Noor Hafizan berkata, beliau kerap menasihati anaknya itu supaya tidak bermain hujan dan tidak keluar dari kawasan Apartmen Sri Puteri, di sini.
"Dia ada minta kebenaran nak bermain dengan kawan dia tetapi saya tidak tahu bila dia keluar bermain di luar kawasan apartmen (ketika kejadian).
"Saya tidak kisah jika nak main air hujan tapi saya banyak kali pesan supaya main hujan dalam kawasan apartmen sahaja," katanya.
Wan Mohd Noor Hafizan bagaimanapun memberitahu beliau reda dengan ketentuan tersebut.
"Saya sebak bila melihat isteri tidak berhenti menangis selepas menerima berita pemergian anak,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik.
Pada Sabtu, media melaporkan dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini.
Mangsa pertama, Wan Muhammad Ammar berusia lapan tahun ditemui jam 6.30 petang Sabtu pada jarak 200 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh, manakala mangsa kedua, Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 10, dilaporkan masih hilang.
Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) mangsa kedua ditangguhkan sementara berikutan keadaan gelap.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dipetik berkata, Op SAR yang bermula jam 5.08 petang tadi itu ditangguhkan jam 8.15 malam Sabtu.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 11 2023
!['Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami' 'Tak sangka berubah jadi pendiam petanda Ammar tinggalkan kami'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676132233_Ammarmeninggal.jpg)
Noraliza berkata, antara perubahan lain ialah anak sulung daripada lima beradik tersebut turut meminta suri rumah itu memandikannya bersama adik-beradiknya yang lain. - Sinar Harian
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706960848_TBMAYATADIK.jpg)
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
![Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703676574_TBBUDAKLEMAS.jpg)
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
![Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703564564_TBlemas.jpg)
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
![Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697339114_tbGenericLemas.jpg)
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
![Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702440738_lemas.jpg)
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
![Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700979116_kanakkanak.jpg)
Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.
![Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677737770_lemas.jpg)
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi.
![Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696310703_lemas.jpg)
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
![Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695614078_KAJANG.jpg)
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
![Lemas: 'Fariz beria-ia nak pergi berkelah di laut - Bapa Lemas: 'Fariz beria-ia nak pergi berkelah di laut - Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690707386_lemasTeluk.jpg)
Lemas: 'Fariz beria-ia nak pergi berkelah di laut - Bapa
Perkelahan di pantai menjadi kenangan terakhir buat keluarga seorang kanak-kanak, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim, 10, yang lemas di pantai Teluk Senangin di sini.