CHERAS: Seramai 66 pemilik rumah kedai Kampung Baru Batu 9 Cheras di sini menolak cadangan pengambilan tanah di kawasan itu bagi projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari persimpangan Batu 9 ke Jalan Datuk Alias Hulu Langat.
Setiausaha jawatankuasa bantahan, Lam Mai Ling, 43, berkata, kawasan itu merupakan tanah peninggalan nenek moyang yang telah diwarisi selama tiga generasi dan mempunyai nilai sentimental buat mereka.
Mai Ling menunjukkan pelan cadangan pengambilan tanah bagi projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210.
Menurutnya, cadangan pembatalan pemilikan tersebut masih di peringkat awal dan mereka telah mengemukakan bantahan memohon supaya naik taraf tersebut tidak melibatkan deretan premis perniagaan mereka dianggarkan sejauh satu kilometer.
"Projek ini difahamkan telah diluluskan pada 2019 sebelum lantikan pemaju dibuat pada tahun ini. Kami hanya dimaklumkan berkenaan cadangan itu pada Februari lalu dan kini dalam proses penilaian di bawah Seksyen 4.
"Kami telah mengemukakan rayuan dan kami berharap diadakan sekali lagi pertemuan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi perbincangan dan cadangan alternatif serta mencari jalan penyelesaian bersama," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Tambahnya, pemilik mencadangkan supaya pelan projek diubah suai dengan menggunakan tanah lapang berhampiran kawasan itu tanpa menjejaskan struktur perniagaan mereka.
Kee Chiong.
Sementara itu seorang pemilik rumah kedai, Tan Kee Chiong, 44, berkata, kebanyakan perniagaan yang dijalankan di kawasan itu sudah berusia puluhan tahun termasuk kedai jahit bapanya diusahakan lebih 40 tahun.
"Bukan soal nilai pampasan tapi melibatkan nilai sentimental. Kami sudah mempunyai pelanggan tetap dan tidak mudah untuk bangkit semula di lokasi baharu.
"Tambahan pula, ini merupakan mata pencarian utama. Jika premis dirobohkan maka ia akan melumpuhkan ekonomi peniaga-peniaga di sini," katanya.
Pengusaha Taska Cahaya Iman, Fazilah Rahman, 48 yang telah mengusahakan taska berkenaan lebih 20 tahun di kawasan itu, turut khuatir jika cadangan tersebut diluluskan.
"Taska Cahaya Iman satu-satunya taska swasta yang terdapat di sini. Perkhidmatan kami telah kukuh di sini dan untuk berpindah dan mulakan perniagaan di tempat baharu tidak mudah.
"Kawasan perniagaan di sini pesat menawarkan perkhidmatan serba lengkap seperti farmasi, kedai serbaneka dan taska yang menjadi keperluan buat penduduk setempat.
"Saya harap ada penyelesaian terbaik di atas isu ini. Jika boleh kerajaan fikirkan alternatif tanpa menjejaskan periuk nasi kami," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 10 2022

Sebahagian pemilik dan penyewa yang membantah tanah mereka diambil bagi projek naik taraf jalan. -Foto Sinar Harian

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.

Penduduk perlu sentiasa jaga kepentingan, kebajikan, hak milik Kampung Bharu - MAS
Penduduk yang mempunyai hak milik di kawasan itu perlu memahami kepentingan menjaga tanah pusaka dan tidak menjualnya sewenangnya.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran merayu penduduk Orang Asli
Sekumpulan penduduk Orang Asli dari Kampung Kelaik, Gua Musang, Kelantan hari ini gagal memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Jabatan urus kes tunggakan pembahagian harta pusaka akan ditubuh - Takiyuddin
Bahagian dikenali sebagai Unit Pembahagian Pusaka di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian itu akan dinaik taraf menjadi jabatan.

'Tak rela gadai tanah pusaka untuk naik taraf jalan'
Kawasan itu merupakan tanah peninggalan nenek moyang yang telah diwarisi selama tiga generasi dan mempunyai nilai sentimental buat mereka.

Pencerobohan tanah pusaka: Orang Asli Kg Kelaik harap dapat injunksi inter-parte
Menurut Pengerusinya, Ahak Uda, permohonan mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Ahad ini susulan memperoleh injunksi interim pertama pada 18 Mac lalu.