KUALA LUMPUR: Cadangan yang dikemukakan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membawa negara keluar dari beban pandemik COVID-19 dilihat baik untuk digunakan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Bagaimanapun, menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman, tiada keperluan ketika ini untuk mengadakan ujian saringan besar-besaran.
"Saringan besar-besaran bukan tidak sesuai, tetapi dalam konteks kita untuk mempercepatkan vaksinasi, saya lebih menjurus kepada saringan secara bersasar, daripada secara meluas.
"Kita mohon sebelum ini untuk harga saringan diturunkan, tetapi pada pandangan saya, ia kekal.
"Sebab, peruntukan itu perlu disalurkan untuk merawat mereka yang dijangkiti, yang dalam unit rawatan rapi (ICU), pembelian vaksin, proses vaksinasi dan aktiviti di lapangan untuk pengesanan kontak.
"Jadi, bagi saya, ia perlu disalurkan dengan lebih bijak dalam konteks kita menjalankan aktiviti saringan," katanya.
Malina juga berpandangan, adalah lebih baik mereka yang disaring dan disahkan negatif, diberikan vaksin dengan segera.
"Berapa kali kita hendak buat aktiviti saringan? Sebab itu, sebelum ini saya cadangkan, kalau boleh, disaring, negatif, terus divaksin.
"Tak perlu lagi individu itu terdedah kepada jangkitan, kemudian disaring lagi dan lagi. Keadaan itu tidak berkesudahan," katanya ketika dihubungi Awani Pagi hari ini.
Malina juga menyokong cadangan Hishammuddin yang mahu prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) supaya lebih konsisten.
"Sangat penting, jangan ubah-ubah SOP sebab ia bukan sahaja mengelirukan ramai dalam kalangan masyarakat tetapi juga menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak.
"Hingga kadang-kadang, pelaksanaan itu dilihat tidak adil dan ramai yang kurang motivasi untuk melaksanakan sebaik-baiknya," tambahnya.
Azyyati Ahmad
Mon Jun 14 2021

Menurut Prof Madya Dr Malina Osman, tiada keperluan ketika ini untuk mengadakan ujian saringan besar-besaran. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.

Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.

Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.

SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.

COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.