KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hari ini menafikan perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya baru-baru ini, tidak mendapat pandangan pakar-pakar berkaitan termasuk maritim.
Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan sumber maklumat Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang menimbulkan dakwaan berkenaan.
"Apa soalan Kota Bharu (Takiyuddin)? Ramai berpandangan... pakar maritim... Siapa? Pandangan pakar mana yang dibicarakan? Kemudian, telah melanggar (peraturan) yang mana?
"Peraturan mana? Peruntukan mana? Dia (seorang) peguam (tetapi) bincang samar-samar benda ini, Tak payah (jadi) peguam, ketua kampung pun boleh. Peguam harus spesifik. Nak marah apa, jawablah," katanya menjawab soalan tambahan Takiyuddin pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerajaan telah memaklumkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa perjanjian persempadan tersebut terletak tiga batu nautika dari perbatasan Johor.
"Bagi Sabah pula, Sabah tidak dimeterai dalam hal ini. Ketua Menteri Sabah dimaklumkan bahawa memuktamadkan Pulau Sebatik dan kawasan yang melibatkan Tawau dan Sabah itu, ditangguhkan sehingga ada persetujuan baharu kerana kita belum bersetuju. Saya ada cakap tadi (dalam jawapan), dengarlah.
"Ada pakar maritim mana? Saya dah sebut nama-nama (seperti) Kementerian Luar, Jabatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan, dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia.
"Menteri dan Kementerian Luar yang menjalankan banyak tugas itu, tetapi sebelum saya memeterai perjumpaan akhir (dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo), saya masih berdepan dengan mereka. Jadi pakar-pakar ini mengesah.
"Ada pakar baharu yang Kota Bahru nak sebut, carilah? Sebut pada saya nama siapa. Itu pakai semborono je," kata Anwar lagi.
Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri, supaya memberi penjelasan berhubung perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya.
Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri tetap menandatangani perjanjian itu walaupun pakar maritim menasihatkan supaya tidak berbuat demikian.
Persempadanan Laut Selat Melaka dan Perjanjian Persempadanan Sulawesi merupakan dua daripada enam instrumen dua hala Malaysia Indonesia dimeterai Khamis lalu sempena lawatan kerja Joko Widodo ke negara ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu berkata perjanjian berkenaan tidak melanggar peraturan asal sempadan 'one to one', dan telah dipersetujui oleh semua pakar.
"... yang tidak dipersetujui yang kita ambil berat sikit ialah perairan Tanjung Pelepas (Johor), itu tidak terlibat. Kedua, soal betul-betul masalah persempadan dengan Sabah, yang kita tidak bersetuju," tambah Anwar.
Selain itu mengenai Perjanjian Singapura-Indonesia 2009, Anwar berkata kerajaan telah menyatakan pendirian kepada Jokowi, bahawa Malaysia membantah perkara itu kerana ia menjejaskan kepentingan negara.
"Jadi penjelasan saya kepada empat soalan (Takiyuddin), ia hanya digunakan untuk ruang politik murah. Pakar mana? Perjanjian mana yang dilanggar? Peruntukan mana yang dilanggar? dan kawasan mana yang diserahkan kepada Indonesia?," soal Anwar lagi.
Hasimi Muhamad
Tue Jun 13 2023
Persempadanan Laut Selat Melaka dan Perjanjian Persempadanan Sulawesi merupakan dua daripada enam instrumen dua hala Malaysia Indonesia dimeterai Khamis lalu sempena lawatan kerja Joko Widodo ke negara ini - Foto/ Bernama
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Lawatan kerja: Xi Jinping bawa suara baharu kepada Global Selatan - PM
Presiden China Xi Jinping telah membawa "suara baharu" kepada Global Selatan dan masyarakat antarabangsa, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
PM Anwar akan undang Presiden China Xi Jinping hadir Sidang Kemuncak ASEAN
Perdana Menteri akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China tahun depan.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Isu Laut China Selatan: Tidak perlu pertelagahan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penyelesaian isu Laut China Selatan dengan China tidak perlu melibatkan pertelagahan.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global - PM
Malaysia bersiap sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dengan memfokuskan keterangkuman dan perkongsian global.
Jadual padat menanti PM Anwar pada hari terakhir lawatan kerja di China
Anwar dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping di The Great Hall of People kira-kira pukul 5.30 petang.