KUALA LUMPUR: Sebanyak 150 tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lepas kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan berkata sejak PKP 3.0 dilaksanakan, 2,423 tapak pembinaan telah diperiksa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), dengan 446 (18 peratus) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 1,977 (82 peratus) tidak beroperasi.
Menurutnya daripada 446 tapak yang beroperasi, didapati 150 tapak pembinaan (34 peratus) tidak mematuhi SOP, manakala 296 (66 peratus) tapak lagi mematuhi SOP.
"Kementerian amat memandang serius peratusan ketidakpatuhan SOP yang tinggi di tapak pembinaan kerana ia satu perkara yang amat membimbangkan dan akan menjejaskan objektif PKP penuh ini untuk mengekang penularan wabak COVID-19," menurut kenyataan itu.
Menurut kementerian itu lagi, daripada 150 tapak pembinaan yang ditutup 45 terletak di Sarawak, Selangor (24), Melaka (16), Pulau Pinang (10), Terengganu (10), Sabah (9), Johor (7), Kuala Lumpur (6), Pahang (6), Perak (5), masing-masing empat di Kedah dan Negeri Sembilan, tiga di Perlis dan satu di Kelantan.
Bagaimanapun 11 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan beroperasi semula selepas mereka mematuhi SOP ditetapkan.
Menurut kenyataan itu lagi, selain mengarahkan tapak pembinaan ditutup dengan serta-merta, CIDB juga boleh mengenakan penalti tidak melebihi RM500,000 atau menggantung dan membatalkan Perakuan Pendaftaran Kontraktor.
Semua penggiat industri pembinaan juga diwajibkan mematuhi arahan semasa dan SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan matlamat PKP 3.0 dapat dicapai.
"Sejak PKP 3.0 bermula, CIDB telah mempergiatkan pemeriksaan di tapak pembinaan, dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 susulan peningkatan penularan kes positif COVID-19 di tapak pembinaan seluruh negara, khususnya di Lembah Klang," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
Sebanyak 150 tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lepas kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. - Gambar hiasan
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Tak patuh SOP: 150 tapak pembinaan diarah tutup sejak 1 Jun - KKR
Sebanyak 150 tapak pembinaan di seluruh negara diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lepas kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.
Menteri KPDNHEP bimbang pematuhan SOP di bazar Ramadan ramai pengunjung
Seorang menteri Kabinet bimbang dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di Presint 3 di sini.