Sebaliknya, sudah tiga puluh tahun pengusaha di pulau peranginan itu menggunakan mesin ketuhar pengering ikan masin.
Demikian penjelasan beberapa pengusaha produk makanan itu, selepas pendedahan mengenai jemuran ikan kering yang dipijak dan dimakan anjing dilaporkan media.
Tinjauan pada Isnin di tempat sama mendapati, tiada lagi ikan kering yang dijemur di atas tar, di kawasan itu.
Malah, tiada kelihatan anjing berkeliaran di dalam kawasan pengeringan ikan.
Pada Khamis media melaporkan ikan kering yang dijemur terlebih dahulu didakwa menjadi santapan si anjing yang berkeliaran.
Ia didedahkan Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) selepas banyak menerima aduan mengenai tahap kebersihan industri memproses ikan dan udang kering.