BAYAN BARU: Tidak mahu pentingkan diri dengan menolak untuk divaksinasi sehingga boleh mengancam kesihatan ahli keluarga dan orang di sekelilingnya.
Demikian alasan warga emas dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ini yang sanggup menggunakan perkhidmatan Grab untuk tiba di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Setia Spice Arena, Bayan Baru pagi tadi bagi menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19.
Menurut Ganeson Peeriathamby, 62, walaupun jauh dari rumahnya di Taman Valdor Permai, Sungai Bakap, namun dia tidak ada masalah untuk menghadirkan diri ke PPV itu semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.
Ganeson berkata, dia tidak mahu mementingkan diri dengan memberi pelbagai alasan untuk mengelak diri daripada divaksinasi sehingga boleh membahayakan orang di sekelilingnya selain menyedari kepentingan vaksin buat warga emas sepertinya.
"Saya rasa mencegah lebih baik daripada megubati. Saya tidak mahu orang lain dijangkiti kerana saya mementingkan diri sendiri (tidak ambil vaksin).
"Kalau ada sesuatu terjadi pada saya seorang, saya boleh menghadapinya, tapi jangan terjadi pada keluarga, saudara dan teman-teman (gara-gara saya tidak ambil vaksin)," ujar Ganeson.
Malah katanya, dorongan daripada rakan-rakan yang telah menerima suntikan vaksin menguatkan lagi semangatnya untuk mendapat suntikan vaksin COVID-19 setelah tiba gilirannya hari ini.
Ganeson berkata, dia sendiri mendaftar untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera tiga minggu lalu dan sangat teruja apabila tiba gilirannya hari ini.
Jelas warga emas itu, dia juga bersyukur apabila pemandu Grab sanggup menghantar dan menunggunya sehingga selesai menerima suntikan vaksin sebelum menghantarnya pulang ke rumah.
DATA DAN MAKLUMAT TERKINI ADA DI SINI
Sementara itu, bagi bekas guru, Majemin Shafie, demi kebaikan, dia mendaftar sebagai penerima vaksin beberapa minggu lalu walaupun terselit perasaan takut.
Warga emas berusia 65 tahun itu berkata, disebabkan tidak mempunyai ahli keluarga lain untuk membantu menghantarnya ke PPV, dia telah bersedia lebih awal dengan menempah perkhidmatan Grab untuk membawanya ke sana.
Dia yang tinggal di Jalan Kelawai, Pulau Tikus berkata, rakan-rakan yang banyak memberinya dorongan dan semangat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.
"Mai (datang) dengan Grab. Sikit-sikit tu ada rasa takut tapi dah lega. Mula-mula ingatkan sakit, tapi OKlah... tak sakit.
"Ambil ni sebab (percaya) kebaikan vaksin.. mak cik ikut sajalah. Rakan-rakan sekolah dan maktab yang beri galakan (untuk datang)," ujar Majemin.
Bagi seorang lagi penerima vaksin, Hameh Etam, tiada apa yang perlu ditakuti tentang perkara itu.
"Ini untuk cegah penyakit.. tak sakit pun.. sikit ja. Ada kawan-kawan yang sudah cucuk kata bagus, untuk cegah penyakit ni," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelaras PPV mega Setia Spice Arena memaklumkan warga emas berkenaan antara 3,000 penerima vaksin di PPV berkenaan hari ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 15 2021
Ganeson berkata, dia tidak mahu mementingkan diri dengan memberi pelbagai alasan untuk mengelak diri daripada divaksinasi sehingga boleh membahayakan orang di sekelilingnya. - Astro AWANI
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Polis buka buka kertas siasatan kes aniaya kucing tular
Polis membuka kertas siasatan kes membabitkan seorang lelaki warga emas yang mengheret seekor kucing menggunakan jaring dipercayai kerana selalu membuang najis di hadapan rumahnya.
Kaunter tunai STR, SARA dibuka di pedalaman Sarawak hingga 27 November ini
Kerajaaan menerusi agensi berkaitan membuka kaunter pembayaran tunai STR dan SARA di beberapa lokasi mengikut bahagian dan zon di Sarawak secara berperingkat.
Warga emas bina reban rakit elak ternakan dihanyutkan banjir
Seorang warga emas mengambil inisiatif membina reban rakit bagi menyelamatkan ayam ternakannya mati dan mengelak mengalami kerugian besar akibat banjir menjelang Monsun Timur Laut (MTL) kali ini.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Warga emas ditemukan mati seorang diri dalam rumah di Kuala Krai
Seorang warga emas lelaki ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam sebuah rumah dekat Taman Orkid oleh orang awam, semalam.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.
Lelaki warga emas didakwa menipu, curi
Seorang lelaki berusia 64 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 70 tahun di sebuah bank di Jalan Ulu Lanang, di sini Ogos lepas.
Warga emas maut, motosikal dirempuh semasa masuk simpang
Aeshah maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang remaja yang merupakan pembonceng motosikal cedera ringan.